Bank Negara umum OPR kekal pada 2.75%, ekonomi negara mengukuh

November 6, 2025 · Isu semasa

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Keputusan ini dibuat oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) selepas menilai prospek ekonomi semasa dan imbangan risiko.

Menurut kenyataan BNM, pendirian dasar monetari pada tahap semasa dianggap wajar dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran harga yang stabil.

Bank pusat turut menegaskan komitmen untuk terus memantau perkembangan semasa bagi memastikan kestabilan ekonomi.

Dari segi prestasi, ekonomi Malaysia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan pertumbuhan pada suku ketiga yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Prestasi ini didorong oleh permintaan dalam negeri yang berterusan, eksport elektrik dan elektronik (E&E) yang berdaya tahan, serta pemulihan dalam pengeluaran komoditi.

“Permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dijangka terus menyokong pertumbuhan ekonomi menjelang tahun 2026,” menurut kenyataan BNM.

Faktor seperti guna tenaga, pertumbuhan upah, dan pelaksanaan projek di bawah pelan induk nasional serta Belanjawan 2026 dijangka menjadi pemangkin kepada aktiviti pelaburan dan perbelanjaan isi rumah.

Bagi trend inflasi, BNM menjangkakan inflasi keseluruhan untuk tahun 2026 kekal pada tahap sederhana.

“Inflasi teras dijangka kekal stabil dan hampir dengan purata jangka panjang, mencerminkan pengembangan berterusan dalam kegiatan ekonomi tanpa tekanan permintaan yang berlebihan,” jelas BNM.

Keadaan kos global yang semakin reda serta harga komoditi yang sederhana turut menyumbang kepada jangkaan ini.

Walaupun prospek pertumbuhan global menunjukkan penunjuk positif yang disokong oleh pasaran pekerja yang kukuh dan dasar monetari yang kurang ketat, BNM mengakui wujudnya risiko daripada perdagangan global yang perlahan dan ketegangan geopolitik.

Mesyuarat MPC untuk tahun 2026 akan diadakan sebanyak enam kali, dengan kenyataan dasar monetari diumumkan pada jam 3 petang selepas setiap sesi.

Berita berkaitan
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
7 jam lalu· Isu semasa
Anwar rayu sokongan rakyat hadapi tekanan ekonomi
7 jam lalu· Isu semasa
Penjimatan kerajaan fokus belanja tidak kritikal, tak termasuk kesihatan dan pendidikan: MOF
April 30, 2026· Isu semasa
Kerajaan susun semula perbelanjaan, perkhidmatan rakyat tidak terjejas: MOF
April 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
7 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: Nasib 10 aktivis Malaysia masih belum diketahui
7 jam lalu · Isu semasa
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
April 30, 2026 · Isu semasa
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
April 30, 2026 · Isu semasa
Kerajaan usaha bebaskan aktivis GSF, PMX rayu keluarga terus kuat
April 30, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok