BN Sabah mengumumkan 41 calon yang bakal ditampilkan pada Pilihan Raya Negeri kali ini.
Barisan Nasional (BN) Sabah secara rasmi mengumumkan senarai 41 calon mereka untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, dengan 80 peratus daripada calon yang ditampilkan adalah muka baharu.
Keputusan ini dilihat sebagai langkah drastik bagi memulihkan semangat selepas prestasi kurang memberangsangkan dalam PRN lalu.
Senarai calon yang diumumkan oleh Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin, itu menyaksikan hanya lima penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dikekalkan.
Lima penyandang tersebut ialah Bung Moktar sendiri (Lamag), Jafri Arifin (Sukau), Harun Durabi (Bengkoka), Salleh Said Keruak (Usukan), dan Yakub Khan (Karambunai).
Bung Moktar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, mengakui senarai yang diumumkan masih belum muktamad.
“Senarai calon BN ini bagaimanapun belum muktamad kerana dijangka ada lagi kerusi tambahan yang akan diumumkan selepas ini,” jelasnya ketika berucap pada majlis pelancaran calon hari ini.
Beliau turut menekankan keputusan untuk membawa wajah baharu adalah satu strategi.
“Kita percaya dengan membawa tenaga dan idea baharu, BN dapat memulihkan keyakinan rakyat dan kembali relevan dalam landskap politik Sabah,” tambahnya.
Antara calon baharu yang menarik perhatian ialah Dr Shahnon Rizal Thaijuddin yang dijangka berentap dengan Ketua Menteri, Hajiji Noor, di kerusi Sulaman.
Daripada keseluruhan calon, hanya tiga calon wanita disenaraikan, iaitu Normalah Rasick (Banggi), Laiji Ompongoh (Nabawan), dan Saleha Wahid (Tungku).
BN juga mencalonkan dua orang doktor perubatan, mencerminkan usaha gabungan itu untuk mempelbagaikan latar belakang wakil rakyat mereka.
Langkah drastik BN ini memberikan naratif baharu kepada PRN Sabah, menjadikan pertembungan pada 29 November ini sebagai ujian bagi penerimaan rakyat terhadap pendekatan ‘pembaharuan’ yang dibawa oleh gabungan itu.
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan