Teresa Kok gesa kerajaan minta AGC jangan merayu kes Amri, Raymond

November 11, 2025 · Politik

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, hari ini menggesa Kabinet supaya mengarahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes kehilangan aktivis Amri Che Mat dan pastor Raymond Koh.

Wakil DAP itu berkata keputusan mahkamah yang memutuskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab atas kehilangan paksa kedua-dua individu itu adalah jelas dan berasas.

Menurutnya lagi, jika AGC tetap ingin merayu, ia sepatutnya hanya melibatkan jumlah ganti rugi, bukan isu liabiliti atau tanggungjawab pihak polis.

“Dengan memfailkan rayuan terhadap liabiliti, kerajaan seolah-olah mencabar dapatan fakta dan undang-undang oleh mahkamah.

“Ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa polis adalah betul, manakala hakim yang mendengar kes ini telah tersilap,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau menambah bahawa tindakan AGC itu tidak selaras dengan pengumuman Menteri Dalam Negeri untuk menyiasat semula kes-kes berkenaan.

“Tindakan ini menimbulkan persoalan serius mengenai komitmen kerajaan terhadap kebenaran, ketelusan dan keadilan,” katanya.

Keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi berjumlah RM3.26 juta kepada keluarga Amri dan lebih RM37 juta kepada keluarga Raymond.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan kerajaan dan PDRM membayar ganti rugi RM10,000 sehari kepada keluarga Raymond Koh mulai tarikh beliau diculik pada 13 Februari 2017 sehingga pihak berkuasa mendedahkan keberadaannya.

Amri dilaporkan hilang pada 24 November 2016, manakala Raymond hilang pada 13 Februari 2017.

Notis rayuan yang difailkan AGC dilihat sebagai satu langkah yang boleh mengaburi usaha mencari keadilan dan kebenaran bagi keluarga mangsa.

Berita berkaitan
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
September 20, 2026· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
September 20, 2026· Politik
Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet
September 19, 2026· Politik
Isu tahanan rumah Najib, DAP bincang pendirian esok
September 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
8 jam lalu · Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
8 jam lalu · Politik
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
8 jam lalu · Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
16 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok