Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Tengku Zafrul Abdul Aziz gembira apabila Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi tidak marah dengan keputusannya untuk menyertai PKR dan keluar UMNO.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu menzahirkan penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangannya dalam UMNO, tetapi menegaskan mahu meneruskan hasratnya untuk menyertai PKR walaupun dikritik segelintir pihak.
“Keputusan ini bukanlah satu keputusan yang mudah, tetapi saya telah memikirkannya secara mendalam. Saya menghargai mereka yang memahami hak saya sebagai individu dalam memilih hala tuju politik saya.
“Terima kasih saya ucapkan kepada Presiden UMNO (Zahid) serta rakan-rakan dan ahli-ahli UMNO yang telah banyak membantu, memberi sokongan dan dorongan sepanjang saya aktif dalam UMNO,” katanya menurut laporan Bernama.
Beliau turut memohon agar diberikan ruang untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada rukun Islam kelima itu bersama keluarganya, di samping memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan sepanjang hubungan persahabatan beliau dengan pelbagai pihak.
“Insya-Allah, saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan negara dan kemakmuran seluruh rakyat Malaysia ketika berada di Tanah Suci,” katanya.
Zafrul turut ditanya mengenai desakan sesetengah pihak agar beliau meletakkan jawatan menteri memandangkan ia adalah kuota UMNO.
“Saya ingin memberi fokus kepada ibadah haji dan saya serahkan segala urusan itu kepada kebijaksanaan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya.
Kelmarin, Zafrul mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO bagi menyertai PKR.
Tindakannya itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi, termasuk daripada Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang meminta kuota tujuh menteri penuh dalam Kabinet Persekutuan dikembalikan semula kepada parti itu, susulan tindakan Tengku Zafrul meletakkan semua jawatan dan keahliannya dalam UMNO.
Zahid semalam mengesahkan bahawa Setiausaha Kerja UMNO Mohd Sumali Reduan telah menerima surat rasmi berhubung peletakan jawatan Zafrul.
Muhyiddin: Bersatu pengasas PN, tiada siapa boleh paksa keluar
Muhyiddin tolak khabar angin Bersatu mahu kembali bersama PH
PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat