Tak ada tukar Ketua Pembangkang, Muhyiddin ulas spekulasi Hamzah bakal diganti

November 21, 2025 · Politik

Muhyiddin Yasin mengesahkan bahawa Hamzah Zainuddin akan terus mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengulas dakwaan spekulasi yang mengatakan bakal berlaku perubahan bagi jawatan Ketua Pembangkang yang dipegang Hamzah susulan beberapa isu melibatkan hal dalaman parti Bersatu sebelum ini.

Kenyataan Muhyiddin itu juga menafikan khabar angin yang mendakwa Ahli Parlimen Putrajaya, Radzi Jidin, akan dinamakan sebagai Ketua Pembangkang yang baharu.

“Tak ada apa-apa. Tak ada tukar (ketua pembangkang). Kekal seperti mana yang ada sekarang,” kata Muhyiddin semasa ditanya wartawan ketika berkempen untuk calon PN di Pantai Dalit, Tuaran.

Spekulasi mengenai pertukaran jawatan itu tercetus beberapa hari lalu, didakwa berikutan gerakan tertentu yang dikaitkan dengan Hamzah.

Namun, keadaan itu dilihat reda selepas satu pertemuan diadakan di kediaman Muhyiddin yang dihadiri oleh 18 Ahli Parlimen Bersatu, termasuk Hamzah sendiri.

Mengenai pertemuan tersebut, Muhyiddin dalam satu kenyataan di Facebook menyatakan bahawa perbincangan itu berlangsung dalam suasana yang terbuka dan bertanggungjawab.

“Mereka turut menegaskan iltizam untuk melaksanakan amanah rakyat dengan penuh disiplin, serta memastikan nama baik parti sentiasa dijaga melalui tindakan yang berprinsip dan konsisten,” katanya.

Keputusan untuk mengekalkan Hamzah dilihat sebagai satu langkah untuk mengukuhkan perpaduan dan kestabilan dalam kalangan ahli dan pimpinan PN.

Berita berkaitan
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
21 jam lalu· Politik
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
August 23, 2026· Isu semasa
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
August 23, 2026· Politik
Sudah lah tak hadir sidang khas Parlimen, Hadi persoal RCI TH dedah sekarang
August 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
15 jam lalu · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
16 jam lalu · Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
17 jam lalu · Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
21 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok