Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Selepas PAS dikritik kerana keluar dari sidang khas Parlimen ketika isu salah laku berkaitan Tabung Haji dibahaskan, kini Presidennya, Abdul Hadi Awang pula mempersoalkan mengapa siasatan terhadap isu berkenaan hanya didedahkan ketika negara menghampiri pilihan raya.
Abdul Hadi mendakwa masa siasatan itu menimbulkan persoalan kerana isu berkaitan Tabung Haji sudah lama dibangkitkan.
“Mengapa sekarang baru disiasat? Dekat PRN baru disebut, dekat PRN Negeri Sembilan baru disebut. Lepas ini nak pilihan raya umum pula, lama sangat,” katanya selepas Konvensyen PAS Johor di Dewan Muafakat Ayer Hitam, hari ini.
Persoalan itu timbul ketika isu Tabung Haji kembali mendapat perhatian susulan pendedahan berkaitan siasatan dan kemungkinan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi meneliti perkara yang berlaku sebelum ini.
Namun, nada persoalan Abdul Hadi mengenai masa siasatan itu agak sinis, terutama ketika PAS sendiri sebelum ini berdepan kritikan kerana tidak berbahas di Parlimen berkaitan isu Tabung Haji.
Dalam perkembangan politik lain, Abdul Hadi turut menyentuh rundingan antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Katanya, jasa dan peranan PAS dalam PRN Johor serta Negeri Sembilan perlu diambil kira ketika menentukan pembahagian kerusi.
“Semua kena ambil kira. Kedudukan dengan BN kita kena ambil kira. Ada peranan masing-masing,” katanya.
Beliau berkata rundingan antara kedua-dua gabungan itu masih berjalan dan setakat ini berada dalam keadaan positif.
Pada PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu, BN dan PN mencapai persefahaman sebelum berjaya membentuk kerajaan dengan menguasai 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
BN memenangi 18 kerusi manakala PN yang diwakili PAS dan Wawasan memperoleh lapan kerusi.
Bagaimanapun, prestasi PN di Johor tidak begitu memberangsangkan apabila semua calon gabungan itu gagal memenangi kerusi yang ditandingi pada PRN Julai lalu.
Dalam isu Tabung Haji, Abdul Hadi turut menggesa siasatan dilakukan secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada institusi berkenaan.
Beliau menegaskan tindakan perlu dibuat terhadap semua pihak jika terdapat sebarang salah laku, tanpa memilih masa atau kepentingan politik tertentu.
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
Kerugian hampir RM10 bilion: Zahid mahu FELDA diaudit secara forensik
Amirudin jumpa Anwar esok, bincang kerjasama PH-BN di Melaka
Lantang isu luar negara, kenapa diam isu Tabung Haji? – Fahmi sindir PAS
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri