Shamsul Iskandar dan Albert Tei dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari

November 29, 2025 · Politik

Bekas setiausaha politik kanan perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan ahli perniagaan, Albert Tei dibawa ke Kompleks Mahkamah Putrajaya pagi ini bagi menghadapi prosiding permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-duanya tiba dalam keadaan bergari dan berbaju oren menggunakan van SPRM kira-kira pukul 9 pagi untuk pendengaran permohonan reman berhubung siasatan dakwaan yang melibatkan sebuah klip video.

Klip video tersebut memaparkan perbualan antara seorang wanita yang dikenali sebagai Sofia Rini Buyong dengan Tei.

Tiba di mahkamah, Tei yang berada di depan dilihat meluahkan rasa tidak puas hati dan menyifatkantindakan membawanya ke mahkamah secara terbuka telah memalukannya dan menghina negara.

Bagaimanapun, Shamsul Iskandar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sepanjang beliau dibawa masuk ke dalam bangunan mahkamah.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, yang dipetik dalam laporan media semalam, Albert ditahan kerana dianggap sebagai individu paling penting dalam siasatan kes yang membabitkan Shamsul Iskandar.

Beliau turut mengesahkan SPRM telah menggunakan kuasa di bawah Seksyen 28A(9) Kanun Prosedur Jenayah terhadap Tei.

“Notis Seksyen 28A(9) Kanun Prosedur Jenayah telah diserahkan kepada Albert, yang mana ia memberi kuasa kepada pihak berkuasa yang menyiasat bagi menafikan hak individu disiasat untuk berhubung dengan peguam dan mana-mana pihak lain,” jelas Azam.

Sementara itu, Sofia Rini, yang juga terlibat dalam siasatan yang sama, telah direman selama empat hari bermula semalam hingga hari Isnin ini bagi membantu siasatan lanjut.

Berita berkaitan
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
8 jam lalu· Isu semasa
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
September 19, 2026· Politik
Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu
September 19, 2026· Politik
Siasatan 1MDB Najib kekal, SPRM teruskan kes
September 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
8 jam lalu · Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
8 jam lalu · Politik
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
8 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
8 jam lalu · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok