Shamsul Iskandar dan Albert Tei akan didakwa esok di mahkamah

December 3, 2025 · Politik

Bekas setiausaha politik kanan perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei bakal berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Shah Alam pada Khamis dan Jumaat ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata kertas siasatan kedua-dua individu itu telah lengkap dan pendakwaan akan diteruskan mengikut peruntukan undang-undang.

“Kedua-duanya akan menghadapi lima pertuduhan, masing-masing di bawah Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, dan dijangka dituduh lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Menurut Azam, kedua-dua mereka akan didakwa di Kuala Lumpur bagi empat pertuduhan, termasuk dakwaan Shamsul Iskandar menerima suapan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Albert pula akan dituduh memberi suapan di bawah Seksyen 17(b) akta sama.

Di Shah Alam, mereka masing-masing akan menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut seksyen serupa.

“Semua prosedur telah diikuti dan kita serahkan kepada mahkamah untuk proses selanjutnya,” jelasnya.

Pada 28 November lalu, Shamsul Iskandar, Albert dan seorang wanita, Sofia Rini Buyong, ditahan bagi membantu siasatan dakwaan pemberian rasuah oleh Tei kepada Shamsul untuk mendapatkan semula wang yang didakwa disalurkan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.

Shamsul dan Sofia ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, manakala Tei ditahan di kediamannya di Puchong.

Azam turut memaklumkan sepanjang tempoh siasatan seminggu itu, sebanyak 32 saksi telah dipanggil untuk dirakam percakapan, tidak termasuk tiga suspek yang ditahan.

“Kesemua saksi sudah kita rakam dan kita akan maklumkan sekiranya mereka diperlukan di mahkamah,” katanya.

Berita berkaitan
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
12 jam lalu· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
12 jam lalu· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
12 jam lalu· Politik
Siasatan 1MDB Najib kekal, SPRM teruskan kes
September 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
12 jam lalu · Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
12 jam lalu · Politik
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
12 jam lalu · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
19 jam lalu · Politik
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok