Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Ewon Benedick.
Ewon Benedick kini bukan lagi anggota Kabinet Persekutuan selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri III Sabah, sekali gus menamatkan peranannya di peringkat pusat.
Perkara itu disahkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yang menjelaskan status Ewon berubah secara automatik sebaik beliau menerima pelantikan dalam kerajaan negeri.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan terima kasih kepada Datuk Ewon.
“Sewaktu beliau mengangkat sumpah sebagai anggota Kabinet Sabah, secara teknikalnya beliau sudah tidak lagi menjadi anggota Jemaah Menteri Persekutuan,” katanya selepas menghadiri Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 di PICC hari ini.
Fahmi menambah Ewon sebenarnya masih dalam tempoh cuti rehat yang diberikan bagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), namun pelantikan baharu itu memuktamadkan kedudukan beliau.
“Bila beliau angkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri III, maka terhentilah peranan beliau sebagai anggota Kabinet Persekutuan,” katanya.
Ewon, yang juga ADUN Kadamaian dan Presiden UPKO, turut memegang portfolio baharu sebagai Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah.
Sebelum ini, Ewon meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi kerana tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Persekutuan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai tuntutan 40 peratus hasil Sabah.
Beliau menyifatkan tindakan itu bertentangan dengan aspirasi rakyat negeri tersebut.
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
Bersatu berkempen dengan kekuatan sendiri, tak apa PAS tak mahu bantu: Muhyiddin
PRN Johor buka tirai, 56 kerusi jadi rebutan
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar