Ketua Pemuda PAS digesa ikut perlembagaan, jaga adab: Tun Faisal

January 12, 2026 · Politik

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail mengingatkan Ketua Pemuda PAS, Afnan Taib Azamudden supaya bersabar dan mematuhi Perlembagaan Perikatan Nasional (PN) dalam mengurus isu kepimpinan gabungan itu, tanpa mencetuskan tekanan terbuka melalui media dan media sosial.

Menerusi hantaran di media sosial, Tun Faisal menegaskan sebarang tindakan berkaitan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN perlu dibuat mengikut saluran sah.

“Perlembagaan PN jelas. Peletakan jawatan Pengerusi hanya berkuat kuasa selepas diluluskan Majlis Tertinggi. Selagi belum dimuktamadkan, kuasa memanggil dan mempengerusikan mesyuarat masih di bawah Pengerusi,” katanya.

Beliau turut menjelaskan Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi hanya boleh diadakan melalui permohonan bertulis sekurang-kurangnya dua parti anggota kepada Setiausaha Agung, dan pelaksanaannya mesti dibuat oleh Setiausaha Agung, bukan pihak lain.

Tun Faisal juga mempersoalkan cadangan Iskandar Abdul Samad agar Setiausaha Agung turut meletakkan jawatan jika Pengerusi berbuat demikian.

“Cadangan itu mengelirukan kerana Setiausaha Agung memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan pematuhan perlembagaan,” katanya.

Mengulas desakan mesyuarat segera, beliau menyifatkan permintaan Ketua Armada Bersatu, Hilman Idham supaya PAS memberi ruang kepada parti komponen membuat ketetapan dalaman masing-masing sebagai munasabah.

“Setiap parti ada proses sendiri yang perlu dihormati sebelum keputusan dibawa ke peringkat gabungan,” ujarnya.

Tun Faisal juga mempersoalkan keperluan mendesak mengadakan mesyuarat ketika beberapa wakil PAS sendiri didakwa tidak hadir mesyuarat sepanjang 2025.

Selain itu, beliau menegur konsistensi seruan saling menghormati apabila Afnan sebelum ini didakwa menggunakan bahasa keras dalam hantaran awam.

“Adab dan musyawarah perlu konsisten, bukan ikut situasi,” katanya.

Beliau mengkritik tindakan menyiarkan surat panggilan mesyuarat kepada umum yang disifatkan mencetuskan kekeliruan, sambil mempersoalkan mengapa pertemuan rasmi antara Presiden PAS dan Presiden Bersatu sukar diatur dalam negara.

Isu calon Perdana Menteri turut disentuh apabila Tun Faisal menegaskan cadangan menamakan Presiden Bersatu dibuat di platform parti dan belum diangkat ke PN, berbeza dengan penamaan terbuka sebelum ini oleh pihak lain.

Mengakhiri kenyataan, beliau mencabar dakwaan penglibatan wakil rakyat Bersatu dalam isu SD di Perlis dan menegaskan keperluan tabayyun.

“Hormat-menghormati bukan slogan. Ia perlu diterjemah melalui adab, kesabaran dan patuh perlembagaan,” katanya.

Berita berkaitan
Krisis NS: Muhyiddin serah kepada pemimpin atasan PN beri penjelasan
19 jam lalu· Politik
Parti Amanah nafi terlibat dalam isu dana zakat
23 jam lalu· Politik
Jalaluddin nafi berniat jadi Menteri Besar ganti Aminuddin
23 jam lalu· Politik
Zahid beri bayangan tiada kerjasama dengan PN di Negeri Sembilan?
April 27, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Saman fitnah: Pengarah Strategi Pemuda PAS Perak diarah bayar RM250,000
16 jam lalu · Politik
PH tolak cubaan ambil alih kerajaan Negeri Sembilan
16 jam lalu · Politik
Pemimpin utama Kerajaan Perpaduan bertemu, cari jalan keluar krisis NS
19 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan tak beri kesan kepada kerajaan pusat: Fahmi
23 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: UMNO nafi ‘tebuk atap’, desak bubar DUN
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok