Krisis Negeri Sembilan: UMNO nafi ‘tebuk atap’, desak bubar DUN

April 28, 2026 · Politik

UMNO Negeri Sembilan menegaskan tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar Aminuddin Harun bukan satu gerakan ‘tebuk atap’, sebaliknya dibuat atas dasar mempertahankan prinsip parti dan kestabilan negeri.

Pengerusinya, Jalaluddin Alias berkata keputusan itu dicapai oleh 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional selepas menilai kemelut melibatkan institusi adat dan perlembagaan yang didakwa gagal ditangani dengan baik oleh pentadbiran negeri.

“Isunya ialah kegagalan Menteri Besar untuk mengurus hal berkaitan institusi, adat dan perlembagaan sehingga mencetuskan krisis diraja. Ini bukan soal sidang DUN ditangguh atau tidak,” katanya dipetik laporan media.

Beliau turut menolak dakwaan langkah tersebut adalah strategi politik untuk menjatuhkan kerajaan negeri.

Menurutnya, istilah ‘tebuk atap’ tidak tepat kerana UMNO-BN merupakan sebahagian daripada kerajaan sedia ada.

“Kita bukan pembangkang yang cuba ambil alih kerajaan. Kita sudah berada dalam kerajaan, jadi tiada sebab untuk ‘tebuk atap’. Ini soal prinsip perjuangan,” katanya.

Krisis politik di Negeri Sembilan tercetus apabila sokongan terhadap Aminuddin ditarik, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keabsahan pentadbiran kerajaan negeri ketika ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Aminuddin sebelum ini menyatakan kerajaan Pakatan Harapan akan terus mentadbir dengan sokongan minoriti selepas mendapat nasihat pihak istana.

Namun, Jalaluddin berpandangan konsep kerajaan minoriti tidak praktikal dalam konteks pentadbiran negeri.

“Sepanjang pengetahuan saya, tiada istilah kerajaan minoriti. Tanpa majoriti mudah, banyak perkara seperti dasar dan perbelanjaan akan dipertikaikan dan ini hanya membuka ruang kepada krisis baharu,” katanya.

Beliau menambah, jalan terbaik untuk meredakan ketegangan politik ketika ini adalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengembalikan mandat kepada rakyat.

“Apabila situasi seperti ini berlaku, elok kita serahkan semula kepada rakyat untuk menentukan mandat baharu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusan membubarkan DUN tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Berita berkaitan
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
2 jam lalu· Politik
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
8 jam lalu· Isu semasa
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
9 jam lalu· Politik
Onn Hafiz dan Loke bertemu selepas perang mulut politik
9 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
2 jam lalu · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
2 jam lalu · Politik
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
12 jam lalu · Politik
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
12 jam lalu · Politik
PRN Johor: Anwar gesa pengundi pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
23 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok