SPRM nafi laporan Bloomberg terhadap Azam Baki, sifatkan sebagai mengelirukan

February 10, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak laporan media antarabangsa yang didakwa mengandungi maklumat mengelirukan dan tuduhan tidak berasas berkaitan Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki.

Dalam kenyataan rasmi hari ini, SPRM menegaskan Azam telah mematuhi sepenuhnya semua keperluan pengisytiharan harta yang ditetapkan di bawah peraturan perkhidmatan awam.

Pengisytiharan tersebut termasuk melalui Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), melibatkan sumber pendapatan serta urusan pemerolehan dan pelupusan aset termasuk pegangan saham.

Menurut SPRM, gambaran terdapat kegagalan dalam pengisytiharan harta adalah tidak tepat.

“Gambaran seolah-olah terdapat kegagalan membuat pengisytiharan harta adalah tidak benar dari segi fakta dan memberi tanggapan yang mengelirukan terhadap kerangka integriti dan tadakelola yang mengawal SPRM dan perkhidmatan awam,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya tersebut turut menyatakan laporan berkenaan bukan sahaja menjejaskan reputasi pegawai yang dinamakan, malah secara tidak berasas mengaitkan SPRM dengan dakwaan salah laku yang boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan itu.

Usu pengisytiharan harta penjawat awam sering menjadi perhatian kerana ia dianggap antara mekanisme penting dalam usaha pencegahan rasuah serta memastikan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan.

Di Malaysia, proses ini tertakluk kepada garis panduan dan prosedur pentadbiran yang perlu dilaksanakan melalui saluran rasmi kepada pihak berkuasa berkaitan.

SPRM menegaskan pihaknya kekal komited dalam menegakkan amanah, integriti dan ketelusan dalam setiap tugas statutori yang diamanahkan.

“Kami tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan untuk menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan awam terhadap Suruhanjaya ini melalui pelaporan yang tidak tepat dan tidak bertanggungjawab,” katanya.

SPRM turut mengingatkan keyakinan masyarakat terhadap institusi penguatkuasaan bergantung kepada penyampaian maklumat yang tepat serta berasaskan fakta.

Berita berkaitan
AGC tolak permohonan Namewee, kes dadah diteruskan: Laporan
2 jam lalu· Isu semasa
Projek RM1.1 bilion: Bekas pembantu Rafizi sambung beri keterangan esok
18 jam lalu· Isu semasa
Parti Amanah nafi terlibat dalam isu dana zakat
April 28, 2026· Politik
Permohonan pindah kes rasuah Shamsul Iskandar ditolak mahkamah
April 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Kos harga tenaga dijangka melonjak susulan krisis di Asia Barat: Bank Dunia
2 jam lalu · Isu semasa
Peniaga lesap RM610,000 terjerat pelaburan palsu
2 jam lalu · Isu semasa
Krisis politik Negeri Sembilan: Persatuan peniaga bimbang ekonomi negeri terjejas
22 jam lalu · Isu semasa
Seorang individu didenda RM30,000 hina institusi kehakiman di FB: MCMC
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok