Sayap Bersekutu Bersatu pula desak Hamzah dipecat

February 11, 2026 · Politik

Sayap Bersekutu Parti Bersatu menggesa kepimpinan tertinggi parti mengambil tindakan tegas terhadap Timbalan Presidennya, Hamzah Zainuddin, termasuk pemecatan serta-merta kerana didakwa melanggar Perlembagaan parti.

Tuntutan itu dibuat menerusi memorandum rasmi yang dihantar kepada Presiden parti, Muhyiddin Yassin, serta Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Memorandum tersebut ditandatangani Naib Ketua Bersekutu Bersatu Malaysia, S. Sanjeevan Ramakrishnan bersama barisan kepimpinan pusat dan negeri sayap berkenaan.

Menurut memorandum itu, tindakan tersebut disifatkan sebagai tanggungjawab perlembagaan.

“Ini bukan soal politik dalaman semata-mata, tetapi kewajipan untuk mempertahankan Perlembagaan parti dan integriti kepimpinan,” menurut kandungan memorandum berkenaan.

Dalam memorandum tersebut, Sayap Bersekutu mendakwa Hamzah gagal melaksanakan peranan sebagai Timbalan Presiden untuk membantu dan mempertahankan institusi Presiden serta memastikan disiplin parti sentiasa terpelihara.

Mereka turut mendakwa beliau gagal menyelesaikan konflik dalaman melibatkan sayap itu sehingga menyebabkan ketegangan berpanjangan.

Selain itu, beliau juga didakwa tidak menghalang gerakan Akuan Berkanun (SD) oleh kumpulan tertentu yang dikatakan menjejaskan kestabilan politik dalaman parti.

Terdapat juga dakwaan penglibatan dalam rundingan dengan pihak luar tanpa mandat rasmi serta cubaan melemahkan kedudukan Presiden dan MPT.

Sayap Bersekutu turut mendakwa tindakan tersebut menjejaskan kepercayaan ahli terhadap struktur kepimpinan parti.

“Apabila kepimpinan tertinggi didakwa bertindak bertentangan dengan Perlembagaan parti, tindakan tegas mesti diambil demi kelangsungan parti,” menurut memorandum itu lagi.

Sehubungan itu, mereka mendesak Lembaga Disiplin menjalankan siasatan penuh dan menjatuhkan hukuman pemecatan, selain menggesa MPT menggunakan kuasa perlembagaan untuk menyingkirkan beliau daripada jawatan Timbalan Presiden tanpa penangguhan.

Berita berkaitan
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
September 20, 2026· Politik
Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu
September 19, 2026· Politik
Kes Muhyiddin: AGC tidak mahu risiko jejaskan pertuduhan lain
September 15, 2026· Politik
Mahkamah bebas Muhyiddin daripada empat pertuduhan
September 15, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
September 22, 2026 · Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
3 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
3 jam lalu · Politik
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
3 jam lalu · Politik
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
3 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok