Muhyiddin kecam serangan AS terhadap Iran, gesa pilih jalan diplomasi

March 1, 2026 · Isu semasa

Presiden Parti Bersatu, Muhyiddin Yassin mengecam tindakan ketenteraan melibatkan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran yang disifatkan sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa serta mengancam kestabilan Asia Barat.

Beliau berkata, tindakan itu bukan sahaja berbahaya, malah berpotensi menjejaskan sebarang usaha diplomatik yang sedang atau bakal diusahakan di rantau berkenaan.

Menurutnya, pembabitan langsung angkatan tentera Amerika Syarikat dalam serangan tersebut meningkatkan risiko konflik lebih besar dan meruncing.

“Saya menggesa supaya semua bentuk permusuhan dihentikan serta-merta.

“Amerika Syarikat dan Iran perlu memilih jalan diplomasi dan dialog bagi mencapai keamanan serta kestabilan yang berkekalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketegangan antara Washington dan Tehran bukan isu baharu, sebaliknya telah berlarutan sejak beberapa dekad lalu susulan sekatan ekonomi, program nuklear Iran dan persaingan pengaruh di Asia Barat.

Situasi menjadi lebih kompleks dengan penglibatan Israel yang sekian lama berpendirian tegas terhadap ancaman keselamatan daripada Iran.

Perkembangan terbaharu ini mencetuskan kebimbangan komuniti antarabangsa terhadap kemungkinan tercetusnya perang berskala lebih besar di rantau itu.

Muhyiddin turut menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas, berharap perlindungan dan kebajikan mereka kekal sebagai keutamaan.

“Malaysia bersama rakan-rakan serantau dan antarabangsa mesti meneruskan usaha secara konstruktif dan berkesan bagi meredakan ketegangan, memupuk keamanan serta melindungi orang awam yang terkesan akibat konflik ini,” katanya.

Beliau menambah, penyelesaian jangka panjang hanya dapat dicapai melalui rundingan dan komitmen bersama untuk menghormati kedaulatan serta undang-undang antarabangsa, bukannya melalui tindakan ketenteraan yang berisiko mencetuskan krisis lebih besar.

Berita berkaitan
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
9 jam lalu· Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
August 24, 2026· Politik
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
August 23, 2026· Politik
Muhyiddin dan PMO tidak campur tangan projek Jana Wibawa, mahkamah diberitahu
August 17, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
9 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
9 jam lalu · Isu semasa
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
11 jam lalu · Isu semasa
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
11 jam lalu · Isu semasa
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok