Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan

March 10, 2026 · Politik

Inisiatif Rumah Bangsa yang diperkenalkan oleh UMNO mula mendapat maklum balas positif daripada beberapa tokoh politik termasuk bekas pemimpin parti itu, kata ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahmad Maslan.

Menurut beliau, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin, minggu lalu bagi memperkukuh pelaksanaan inisiatif berkenaan.

Ahmad yang turut menganggotai jawatankuasa itu berkata, mesyuarat berkenaan juga memutuskan supaya Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keterbukaan parti untuk menerima semula bekas ahli yang pernah digantung keahlian, dipecat atau meninggalkan parti sebelum ini.

“Presiden UMNO telah membuat kenyataan media menyatakan keterbukaan parti melalui inisiatif Rumah Bangsa untuk menjemput mereka kembali bersama parti, selain mengajak mereka yang belum menjadi ahli supaya menyertai perjuangan demi agama, bangsa dan negara,” katanya.

Beliau berkata, penelitian awal jawatankuasa mendapati beberapa tokoh politik telah menyatakan sokongan terhadap gagasan tersebut, walaupun terdapat segelintir pihak yang meletakkan syarat tertentu sebelum mempertimbangkan untuk kembali bersama parti melalui inisiatif itu.

Katanya, jawatankuasa yang dianggotai 10 ahli itu juga diberi tanggungjawab untuk mendekati beberapa bekas pemimpin utama yang dikenali ramai bagi mengadakan pertemuan serta perbincangan bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai idea Rumah Bangsa.

“Inisiatif ini dilihat sebagai wadah penyatuan untuk mengukuhkan perjuangan orang Melayu melalui UMNO,” katanya.

Ahmad menegaskan bahawa penerimaan terhadap gagasan tersebut secara keseluruhan adalah positif walaupun proses perbincangan masih berjalan.

“Penerimaan terhadap gagasan ini secara keseluruhan adalah positif. Kita tidak memaksa sesiapa, tetapi sebagaimana ditugaskan oleh Presiden UMNO, kita akan terus berusaha bertemu dan berbincang,” katanya.

Beliau turut memaklumkan setakat ini jawatankuasa berkenaan telah menerima beberapa permohonan daripada tokoh dan bekas pemimpin UMNO yang berminat untuk menyertai inisiatif Rumah Bangsa.

Berita berkaitan
PH tolak cubaan ambil alih kerajaan Negeri Sembilan
11 jam lalu· Politik
Pemimpin utama Kerajaan Perpaduan bertemu, cari jalan keluar krisis NS
14 jam lalu· Politik
Krisis NS: Muhyiddin serah kepada pemimpin atasan PN beri penjelasan
14 jam lalu· Politik
Krisis politik Negeri Sembilan: Persatuan peniaga bimbang ekonomi negeri terjejas
14 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Saman fitnah: Pengarah Strategi Pemuda PAS Perak diarah bayar RM250,000
11 jam lalu · Politik
Parti Amanah nafi terlibat dalam isu dana zakat
18 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan tak beri kesan kepada kerajaan pusat: Fahmi
18 jam lalu · Politik
Jalaluddin nafi berniat jadi Menteri Besar ganti Aminuddin
18 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: UMNO nafi ‘tebuk atap’, desak bubar DUN
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok