Konflik Asia Barat dijangka beri tekanan inflasi kepada negara: Akmal Nasrullah

March 15, 2026 · Isu semasa

Ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat dijangka memberi tekanan kepada kadar inflasi Malaysia dalam tempoh beberapa bulan akan datang susulan gangguan terhadap rantaian bekalan tenaga global.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, konflik yang melibatkan kawasan pengeluar minyak utama dunia boleh memberi kesan berantai kepada ekonomi global termasuk peningkatan kos pengeluaran, logistik dan harga barangan.

Menurutnya, walaupun Malaysia berjaya mengekalkan kadar inflasi yang rendah sekitar 1.4 peratus sepanjang tahun lalu, situasi geopolitik semasa berpotensi mengubah keadaan tersebut.

“Kesan konflik ini bergantung kepada beberapa keadaan iaitu intensiti atau kerosakan yang berlaku serta tempoh konflik berlarutan. Ketika ini masih belum ada tanda-tanda ia akan berakhir dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Program Jualan Rahmah di Pangsapuri Desa Dato’ Hajjah Hasnah di Johor Bahru.

Beliau menegaskan kerajaan sedang memantau perkembangan global dengan teliti serta mengambil beberapa langkah awal bagi memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil.

“Kerajaan telah mengambil beberapa pendekatan untuk menjamin bekalan minyak mencukupi, memastikan aktiviti ekonomi terus berjalan dan kesejahteraan rakyat dapat dipelihara sebaik mungkin,” katanya.

Konflik di Asia Barat sering memberi kesan besar kepada pasaran tenaga dunia kerana rantau itu merupakan antara pengeluar minyak utama global.

Laluan strategik seperti Selat Hormuz juga memainkan peranan penting sebagai laluan utama penghantaran minyak dan gas ke pasaran antarabangsa.

Akmal Nasrullah berkata sebarang gangguan terhadap laluan tersebut boleh memberi implikasi langsung kepada harga bahan api.

“Gangguan bekalan minyak dan gas akan memberi kesan terus kepada produk berasaskan petroleum seperti petrol dan diesel.

“Minyak juga komponen penting dalam banyak proses pengeluaran, jadi apabila bekalan terganggu, kos pengeluaran serta logistik turut meningkat,” katanya.

Terdahulu, pakar ekonomi menjangkakan kadar inflasi Malaysia boleh meningkat sehingga tiga peratus sekiranya harga minyak dunia melonjak hingga mencecah AS$150 setong.

Sehubungan itu, kerajaan sedang meneliti beberapa langkah bagi mengurangkan penggunaan petrol termasuk cadangan pelaksanaan bekerja dari rumah melibatkan penjawat awam.

Langkah sama turut dipertimbangkan beberapa negara ASEAN seperti Thailand, Vietnam dan Filipina sebagai usaha mengurangkan penggunaan tenaga selain menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik serta hibrid.

Berita berkaitan
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
5 jam lalu· Isu semasa
Anwar rayu sokongan rakyat hadapi tekanan ekonomi
6 jam lalu· Isu semasa
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
April 29, 2026· Isu semasa
Kos harga tenaga dijangka melonjak susulan krisis di Asia Barat: Bank Dunia
April 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
5 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: Nasib 10 aktivis Malaysia masih belum diketahui
5 jam lalu · Isu semasa
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
24 jam lalu · Isu semasa
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
24 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan usaha bebaskan aktivis GSF, PMX rayu keluarga terus kuat
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok