PKR gantung dua wakil penduduk isu video tular

March 28, 2026 · Politik

Dua wakil penduduk di Wangsa Maju diarahkan meletakkan jawatan serta-merta susulan dakwaan terlibat dalam permintaan “wang perlindungan” daripada sebuah premis perniagaan, seperti yang tular dalam satu rakaman video baru-baru ini.

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Azman Abidin berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat biro politik parti bagi memastikan siasatan dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan.

“Langkah ini adalah untuk memberi laluan sepenuhnya kepada proses siasatan polis dan siasatan dalaman parti,” katanya yang juga menegaskan parti tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah guna kuasa.

Kontroversi ini tercetus selepas satu video berdurasi lebih lapan minit dimuat naik di media sosial minggu lalu, yang didakwa menunjukkan perbincangan berkaitan bayaran dengan sebuah pusat urut di Wisma Setapak.

Rakaman tersebut, dipercayai daripada CCTV, bagaimanapun mempunyai kualiti audio yang tidak jelas.

Dua individu yang terlibat menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan kehadiran mereka ke premis berkenaan adalah bagi mendapatkan maklumat susulan aduan awam.

Mereka juga telah membuat laporan polis berhubung penyebaran video itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus, mengesahkan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan berkaitan pemerasan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Azman juga berkata Jawatankuasa Disiplin PKR Wilayah Persekutuan telah diarahkan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes tersebut.

“Keadilan mesti bermula dari dalam parti sendiri,” katanya lagi.

Isu ini turut menarik perhatian kerajaan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, mengarahkan laporan polis dibuat sebaik video tersebut tular.

Beliau menegaskan tindakan tegas akan diambil sekiranya dakwaan itu terbukti benar.

PKR pada masa sama mengingatkan semua wakilnya bahawa amanah rakyat perlu dipelihara dengan penuh integriti, dan sebarang penyelewengan akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi.

Berita berkaitan
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
19 jam lalu· Politik
Rafizi beri bayangan bakal ada PRK Pandan, sedia dipecat
April 11, 2026· Politik
NGO buat laporan SPRM berhubung transaksi RM500 ribu bekas menteri
April 10, 2026· Politik
Anwar tak layan cabaran Rafizi, fokus tangani isu rakyat
April 10, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
April 16, 2026 · Politik
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
April 16, 2026 · Politik
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
April 16, 2026 · Politik
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
April 16, 2026 · Politik
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
April 16, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok