Agihan kerusi PRN Sabah: Zahid sahkan BN berunding dengan PH, tidak dengan GRS

August 16, 2025 · Politik

Barisan Nasional (BN) mengesahkan belum memulakan sebarang perbincangan agihan kerusi dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan pihaknya sedang menghormati proses rundingan yang sedang dijalankan antara Pakatan Harapan (PH) dengan GRS.

“Setakat ini, yang sudah diputuskan hanyalah perbincangan antara BN dengan PH.

“Kami menghormati rundingan PH dan GRS, tetapi langsung tiada perbincangan secara terus antara BN dengan GRS,” kata Zahid selepas Majlis Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Peringkat Kebangsaan Ke-16 di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM.

Beliau memberi jaminan BN dan PH akan mengelakkan pertindihan kerusi antara satu sama lain.

Namun, Zahid tidak menolak kemungkinan berlakunya pertandingan pelbagai penjuru yang melibatkan sehingga lapan calon dalam PRN kali ini.

“Dengan kemunculan banyak parti baharu di Sabah yang ingin bertanding, pertandingan tiga penjuru mungkin tidak dapat dielakkan.

“Bahkan, tidak mustahil ada kerusi yang menyaksikan pertandingan sehingga lapan penjuru – semakin ramai calon, semakin meriahlah pilihan raya nanti,” ujarnya.

Pada Jun lalu, Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan mengatakan bahawa rundingan kerjasama antara BN dan PH untuk PRN Sabah sudah memasuki fasa akhir dan melibatkan semua komponen gabungan serta rakan strategik di Sabah.

Zahid bagaimanapun menegaskan sebarang rundingan tambahan bagi mengelakkan pertandingan pelbagai penjuru akan terus dilakukan secara tertutup untuk memastikan kestabilan politik negeri terpelihara.

Berita berkaitan
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
4 jam lalu· Politik
Khairy kembali UMNO sebab nak bertanding kerusi pilihan raya saja: Rafizi
7 jam lalu· Politik
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
7 jam lalu· Politik
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
7 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
4 jam lalu · Politik
ADUN PAS minta MB Perlis jelaskan sebab tangguh sidang DUN
7 jam lalu · Politik
Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi
14 jam lalu · Politik
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
April 17, 2026 · Politik
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
April 16, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok