Akmal cadang hidupkan semula Muafakat Nasional jika mahu UMNO bersama

December 25, 2025 · Politik

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencetuskan perbincangan hangat apabila mencadangkan agar Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula jika mahu kembali menjalin kerjasama dengan PAS.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Akmal berkata UMNO sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 telah menggesa PAS supaya memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN), bukannya membina kerjasama baharu melalui Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, perkembangan terkini membuktikan kelemahan gabungan tersebut.

“Hari ini, baru nampak belang masing-masing, kena tikam belakang,” katanya, merujuk tindakan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri PN yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli.

Akmal turut mencadangkan agar MN diwujudkan semula sebagai alternatif yang lebih stabil untuk kerjasama politik Melayu.

“Alang-alang bubar sekalilah Perikatan Nasional, kita wujudkan semula Muafakat Nasional. Amacam?” katanya.

MN ditubuhkan oleh UMNO dan PAS pada 2019, sekali gus menandakan detik penting dalam usaha menyatukan politik Melayu selepas puluhan tahun persaingan antara kedua-dua parti itu.

Namun, kerjasama tersebut mula goyah selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 2020 apabila PAS memilih untuk bekerjasama dengan Bersatu dan membentuk PN, satu langkah yang dianggap UMNO sebagai pengkhianatan.

PAS sebelum ini turut mencadangkan supaya Bersatu dimasukkan ke dalam MN, namun cadangan itu ditolak UMNO.

Kerjasama MN akhirnya berakhir pada Disember 2022 selepas UMNO menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Walaupun begitu, idea menghidupkan semula MN terus dibangkitkan oleh pemimpin PAS, walaupun Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menyatakan kerjasama itu tidak boleh melibatkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyambut baik cadangan Akmal, namun meletakkan syarat agar UMNO memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH).

“Saya sangat setuju dengan cadangan hidupkan semula Muafakat Nasional ini. Inilah kunci kekuatan dan kebangkitan semula Perpaduan Ummah,” katanya.

Beliau menambah, sebaik sahaja UMNO atau Barisan Nasional mengisytiharkan keluar daripada gabungan bersama PH, MN boleh dilancarkan semula melalui penubuhan jawatankuasa perunding.

Berita berkaitan
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
April 18, 2026· Politik
Khairy kembali UMNO sebab nak bertanding kerusi pilihan raya saja: Rafizi
3 jam lalu· Politik
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
4 jam lalu· Politik
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
4 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
April 18, 2026 · Politik
ADUN PAS minta MB Perlis jelaskan sebab tangguh sidang DUN
4 jam lalu · Politik
Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi
11 jam lalu · Politik
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
April 17, 2026 · Politik
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
April 16, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok