Amanah tampil bela penerima LOD dihantar Asyraf Wajdi berkait isu Tabung Haji

August 17, 2026 · Politik

Pemuda Amanah menawarkan khidmat guaman secara percuma atau ‘pro bono’ kepada mana-mana individu yang menerima surat tuntutan (LOD) daripada Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berhubung isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Dua Exco Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda dan Azri Abdullah, berkata tindakan menghantar LOD kepada orang perseorangan berhubung isu Tabung Haji dilihat keterlaluan, terutama apabila perkara itu membabitkan kepentingan awam.

“Sebagai mantan timbalan menteri dan seorang ahli politik senior, Asyraf seharusnya faham isu Tabung Haji merupakan isu kepentingan awam, khususnya orang Melayu Islam,” katanya dalam kenyataan.

Menurut mereka, penerima LOD terdiri daripada rakyat biasa yang mungkin tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk mendapatkan khidmat peguam sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah.

Pada 14 Ogos lalu, Asyraf mengarahkan peguamnya menyerahkan LOD sebagai langkah awal untuk memfailkan saman RM5 juta terhadap pemilik akaun media sosial yang didakwa menyebarkan hantaran berunsur fitnah dan mengaibkan dirinya berkaitan isu Tabung Haji.

Asyraf sebelum ini menjelaskan tindakan itu bukan didorong kepentingan kewangan, sebaliknya bertujuan mendapatkan ruang untuk membuktikan kebenaran melalui proses mahkamah.

“Ia berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi dan mencemarkan maruah saya melalui penyebaran dakwaan yang tidak benar,” katanya menerusi Facebook.

Bagaimanapun, Fadhli dan Azri berpandangan kritikan serta persoalan rakyat terhadap isu Tabung Haji perlu dijawab secara terbuka dan berhemah, bukannya melalui tindakan undang-undang terhadap individu yang menyuarakan pandangan.

“Sepatutnya tindakan Asyraf ialah menjawab segala kritikan dengan jelas, tuntas dan berhemah,” kata mereka.

Mereka turut menegaskan tawaran khidmat guaman itu khusus kepada penerima LOD yang mempersoalkan atau meminta penjelasan daripada Asyraf dalam kapasiti beliau sebagai bekas timbalan menteri agama.

“Kami ambil maklum ramai yang menerima LOD ini adalah rakyat marhaen dan bukan elit politik yang mampu mempertahankan diri mereka di mahkamah kelak,” katanya.

Isu RCI Tabung Haji menjadi perhatian selepas pelbagai pihak membangkitkan persoalan mengenai pengurusan serta keputusan berkaitan institusi kewangan umat Islam itu. Perdebatan turut berkembang di media sosial dengan orang ramai mendesak penjelasan mengenai isu yang dilihat berkait kepentingan pendeposit.

Berita berkaitan
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu· Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
6 jam lalu· Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu· Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
24 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu · Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
23 jam lalu · Politik
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
24 jam lalu · Politik
Bekas menteri bakal didakwa esok berhubung RCI Tabung Haji
24 jam lalu · Politik
Syarat UMNO: Adakah PAS sanggup cerai Wawasan sama seperti Bersatu?
September 12, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok