Aminuddin ambil tanggungjawab, sedia berundur

August 16, 2026 · Politik

Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, mengambil tanggungjawab penuh atas prestasi parti itu dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos lalu, termasuk bersedia melepaskan jawatan yang disandangnya.

Aminuddin berkata, beliau mengambil maklum desakan enam daripada lapan ketua cabang PKR Negeri Sembilan yang mahu beliau berundur sebagai pengerusi negeri susulan keputusan pilihan raya berkenaan.

“Saya ambil maklum desakan enam daripada keseluruhan lapan ketua cabang PKR Negeri Sembilan yang membuat tuntutan melepaskan jawatan pengerusi PKR negeri. Saya bersetuju secara terbuka dengan tuntutan tuan-tuan.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keputusan di Negeri Sembilan. Justeru, saya akur dan memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang memimpin negeri ini,” katanya ketika sesi penggulungan Kongres Nasional PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Beliau turut menyatakan kesediaan menerima sebarang keputusan kepimpinan parti jika tindakan diambil bagi memastikan masa depan PKR lebih kukuh.

“Jika parti memutuskan untuk mengambil sebarang tindakan demi masa depan PKR, saya sedia akur,” katanya.

Dalam PRN Negeri Sembilan lalu, PKR hanya berjaya mempertahankan dua daripada kerusi yang ditandinginya, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah dan Sri Tanjung.

Lebih memberi tekanan kepada Aminuddin, beliau sendiri tewas di DUN Linggi dalam pertandingan tiga penjuru kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohd Faizal Ramli, dengan majoriti 2,976 undi.

Mengulas kedudukannya, Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata jawatan yang dipegangnya bukan hak peribadi, sebaliknya amanah yang diberikan parti.

“Jawatan bukan milik saya, amanah adalah milik parti. Keputusan pilihan raya ini merupakan cerminan serta terjemahan suara rakyat terhadap kita.

“Jangan sesekali kita menuding jari atau menyalahkan rakyat atas pilihan mereka. Kita tidak boleh mendakwa rakyat telah membuat keputusan yang salah, sebaliknya kitalah yang wajib memikul tanggungjawab ini,” katanya.

Aminuddin turut mengingatkan anggota dan penyokong PKR supaya tidak menganggap kekalahan itu sebagai noktah perjuangan parti.

Sebaliknya, beliau melihat keputusan PRN sebagai peluang untuk PKR melakukan muhasabah, memperbaiki kelemahan dan membina semula keyakinan rakyat.

“Ini bukan penamat untuk segala-galanya. Kekalahan ini boleh menjadi titik permulaan baharu untuk kita bangkit semula,” katanya.

Keputusan PRN Negeri Sembilan itu turut mencetuskan perbincangan dalam PKR mengenai prestasi parti, strategi pilihan raya dan kepimpinan negeri, dengan tekanan akar umbi kini menjadi antara perkara yang perlu diberi perhatian kepimpinan pusat.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
2 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
5 jam lalu· Politik
Amirudin jumpa Anwar esok, bincang kerjasama PH-BN di Melaka
August 22, 2026· Politik
Hadi: PAS ada strategi alternatif jika BN bersama PH di Melaka
August 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
2 jam lalu · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
5 jam lalu · Politik
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
5 jam lalu · Politik
Kerugian hampir RM10 bilion: Zahid mahu FELDA diaudit secara forensik
5 jam lalu · Politik
Lantang isu luar negara, kenapa diam isu Tabung Haji? – Fahmi sindir PAS
August 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok