Hadi: PAS ada strategi alternatif jika BN bersama PH di Melaka

August 21, 2026 · Politik

PAS sudah menyediakan beberapa strategi alternatif sekiranya Barisan Nasional (BN) memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata rundingan antara pimpinan Perikatan Nasional (PN) dan BN masih berjalan dan belum mencapai keputusan muktamad.

Menurutnya, PAS dan PN tetap mempunyai perancangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk jika BN memutuskan untuk bersama PH.

“PAS yang menerajui gabungan PN mempunyai alternatif jika BN memilih untuk bekerjasama dengan PH pada PRN Melaka.

“Kita dimaklumkan pimpinan BN masih bercelaru dan berbelah bahagi walaupun majoriti pimpinan parti itu bersetuju kerjasama dengan PN diteruskan,” katanya selepas menyampaikan kuliah Dhuha di Masjid Rusila hari ini.

Abdul Hadi berkata, PAS dan PN akan menunggu hasil rundingan sebelum menentukan langkah seterusnya, namun persiapan politik tetap diteruskan.

“Kita tunggu keputusan hasil perbincangan kerjasama, tetapi PAS dan PN mempunyai beberapa strategi dan hala tuju serta alternatif bagi memperkukuh perpaduan serta kedudukan politik Melayu dan Islam serta parti bukan Islam yang tidak ekstrem,” katanya.

Beliau turut menyifatkan situasi politik menjelang PRN Melaka lebih mudah berbanding PRN Johor yang berlangsung pada 11 Julai lalu.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan maklum balas positif daripada akar umbi serta perkembangan politik semasa.

“Situasi pada PRN Johor lebih rumit, tetapi laluan dan keadaan di Melaka lebih mudah,” katanya.

Isu kerjasama BN-PN menjadi perhatian selepas Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh sebelum ini mengibaratkan BN sebagai ‘anak dara cantik’ yang menjadi rebutan beberapa gabungan politik.

Ab Rauf yang juga Pengerusi BN Melaka berkata beberapa pihak dijangka menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN negeri itu.

Dalam perkembangan berkaitan, rundingan antara PN dan BN masih menjadi tumpuan menjelang PRN Melaka, dengan kedua-dua pihak dilihat berusaha mencari formula terbaik bagi mengelakkan pertembungan yang boleh memecahkan undi pembangkang.

PAS sebelum ini memainkan peranan penting dalam PN bersama Bersatu dan beberapa parti lain, manakala BN berada dalam kerajaan Persekutuan bersama PH menerusi Kerajaan Perpaduan.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026· Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026· Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
4 jam lalu· Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
4 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
4 jam lalu · Politik
Kerugian hampir RM10 bilion: Zahid mahu FELDA diaudit secara forensik
4 jam lalu · Politik
Amirudin jumpa Anwar esok, bincang kerjasama PH-BN di Melaka
August 22, 2026 · Politik
Lantang isu luar negara, kenapa diam isu Tabung Haji? – Fahmi sindir PAS
August 22, 2026 · Politik
FELDA rugi RM2.3 bilion, pelaburan di Indonesia semasa era BN 2016 dipersoal: Radzi Jidin
August 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok