AMK desak siasatan isu dana asing RM1.5 juta

May 17, 2026 · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan penyaluran dana asing melebihi RM1.5 juta yang didakwa mempunyai kaitan dengan usaha mempengaruhi politik domestik negara.

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim, berkata pihaknya memandang serius dakwaan berhubung pembiayaan luar kepada beberapa individu dan organisasi tempatan yang dipercayai digunakan untuk menggerakkan propaganda politik, operasi siber dan provokasi jalanan atas nama demokrasi serta hak asasi manusia.

Menurut beliau, isu berkenaan tidak boleh dianggap sebagai persaingan politik biasa kerana ia melibatkan soal keselamatan negara dan kedaulatan sistem demokrasi.

“Mana-mana gerakan yang menerima dan menyalahguna pembiayaan luar untuk mencatur naratif politik domestik secara tersusun perlu disiasat secara menyeluruh dan telus tanpa kompromi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

AMK turut mendakwa terdapat maklumat yang mengaitkan The Tides Foundation berpangkalan di Amerika Syarikat dengan beberapa transaksi kewangan kepada syarikat tempatan, MANDIRI Development Centre Sdn. Bhd. (MANDIRI).

Berdasarkan dakwaan tersebut, tiga transaksi utama melibatkan jumlah keseluruhan lebih RM1.5 juta didakwa berlaku antara November 2024 hingga Jun 2025.

Antara transaksi yang disebut ialah pembayaran RM233,322.20 pada 27 November 2024, RM658,555 pada 12 Mac 2025 dan RM628,270 pada 6 Jun 2025.

Selain itu, tujuh lagi transaksi berjumlah RM686,729 turut didakwa disalurkan sepanjang tempoh 2024 hingga 2025 kepada Amir Hariri Abd Hadi serta beberapa individu lain yang dikaitkan dengan MANDIRI.

Isu pembiayaan asing dalam politik bukan perkara baharu di Malaysia dan sering menjadi perhatian kerana dikhuatiri membuka ruang campur tangan pihak luar terhadap dasar serta kestabilan politik negara.

Sebelum ini, beberapa pihak turut membangkitkan kebimbangan mengenai penggunaan dana asing oleh pertubuhan tertentu bagi mempengaruhi persepsi awam dan gerakan politik tempatan.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak yang dinamakan dalam dakwaan tersebut.

Berita berkaitan
AMK desak Rafizi jelaskan dakwaan dana RM8.6 juta ambil alih Parti Bersama
1 jam lalu· Politik
PKR susun semula jentera pilihan raya, Amiruddin dilantik pengarah bersama
2 jam lalu· Politik
PKR Shah Alam dakwa hanya tiga AJK keluar parti, masih utuh
May 25, 2026· Politik
PAS pertimbang putuskan hubungan dengan Bersatu: Laporan
May 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS didakwa dalang pecah belah Bersatu demi kuasai PN
1 jam lalu · Politik
PAS didakwa guna Hamzah lemahkan Bersatu: Puad
2 jam lalu · Politik
Tukar MB Perlis tak perlu undi tak percaya, luar dewan pun boleh buat: Sanusi
22 jam lalu · Politik
Hina sahabat Nabi: Amanah persoal kenapa PAS tak pecat Zawawi
24 jam lalu · Politik
21 pemimpin cabang PKR Shah Alam umum keluar parti
May 25, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok