Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK

August 18, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) disaran menilai semula hubungan politik dengan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan susulan perkembangan semasa yang didakwa menimbulkan persoalan terhadap keikhlasan sebahagian pimpinan gabungan itu.

Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dzul Hilmi Zainol menyokong gesaan ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim supaya kerjasama politik PH-BN dikaji semula bagi memastikan hubungan itu terus berasaskan kepercayaan dan saling menghormati.

Menurutnya, perkembangan politik mutakhir tidak wajar dipandang ringan, terutama apabila terdapat tindakan dan kenyataan daripada pimpinan tertentu BN yang dilihat menimbulkan persoalan terhadap komitmen mereka dalam menjayakan semangat Kerajaan Perpaduan.

“Dalam perkembangan mutakhir ini, wujud tindakan dan kenyataan daripada pimpinan tertentu dalam BN yang menimbulkan persoalan terhadap keikhlasan mereka dalam menjayakan semangat Kerajaan Perpaduan.

“Kerjasama hanya akan berjaya sekiranya dibina atas asas saling menghormati, kejujuran dan komitmen bersama, bukannya tindakan yang menguntungkan sebelah pihak sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzul Hilmi berkata, PH tidak seharusnya terus berada dalam kedudukan yang memerlukan parti itu sentiasa berkompromi sekiranya terdapat pihak yang dilihat mengambil kesempatan terhadap hubungan politik sedia ada.

Beliau berkata, kerjasama politik perlu memberi manfaat kepada kedua-dua gabungan, selain memastikan kepentingan rakyat terus menjadi asas utama dalam setiap keputusan.

“Sudah tiba masanya satu penilaian yang jujur dan menyeluruh dibuat terhadap hala tuju hubungan PH-BN.

“Bagaimanapun, kajian semula ini bukan bertujuan memutuskan kerjasama secara terburu-buru, sebaliknya memastikan setiap kerjasama politik dibina atas prinsip kepercayaan, keikhlasan dan rasa hormat antara rakan gabungan,” katanya.

Hubungan PH-BN menjadi antara asas penting pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ketika tiada gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.

Sejak itu, kedua-dua gabungan bekerjasama dalam pentadbiran Persekutuan, namun hubungan berkenaan turut berdepan perbezaan pandangan dan persaingan politik di peringkat negeri serta parti.

Dzul Hilmi menegaskan kepentingan rakyat dan kestabilan negara perlu terus menjadi keutamaan.

Menurutnya, kestabilan yang berkekalan hanya mampu dicapai melalui kerjasama yang benar-benar ikhlas, bukannya sekadar berasaskan pertimbangan politik jangka pendek.

Berita berkaitan
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu· Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
23 jam lalu· Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
23 jam lalu· Politik
Syarat UMNO: Adakah PAS sanggup cerai Wawasan sama seperti Bersatu?
September 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu · Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
5 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
15 jam lalu · Politik
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
23 jam lalu · Politik
Bekas menteri bakal didakwa esok berhubung RCI Tabung Haji
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok