Anwar bertemu ahli parlimen PH, bincang isu semasa: Laporan

July 14, 2025 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) di Kompleks Seri Perdana, bagi membincangkan beberapa perkara penting menjelang sidang Parlimen yang akan datang.

Kenderaan membawa Anwar yang juga Presiden PKR dan Pengerusi PH itu, dilihat memasuki pekarangan Seri Perdana sekitar 4.30 petang.

Terdahulu, pada 3.45 petang, kenderaan yang membawa ahli Parlimen dan Menteri PH mula memasuki Kompleks Seri Perdana.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

Turut kelihatan Ketua Setiausaha PH yang juga Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan PKR yang juga Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Pertemuan itu merupakan kesinambungan kepada sesi bersama ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada 11 Julai, bagi menjelaskan beberapa isu semasa, termasuk mengenai cukai, khabar angin subsidi petrol RON95 dan isu badan kehakiman. – Bernama

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
9 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
10 jam lalu· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
15 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
15 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
9 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
10 jam lalu · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
10 jam lalu · Politik
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
15 jam lalu · Politik
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok