Anwar kritik Bersih buat kesimpulan tergopoh-gopoh berkait isu SPRM

March 6, 2026 · Politik

Anwar Ibrahim membidas kenyataan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjadi alat politik kerajaan.

Perdana Menteri berkata tuduhan sedemikian tidak adil kerana ia dibuat sebelum laporan rasmi berkaitan diperoleh dan semua pihak sepatutnya menunggu hasil siasatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan atau tuduhan.

“Pandangan itu hak Bersih, tetapi tidak adil untuk membuat kenyataan yang tidak bersih. Kalau hendak menuduh, tengok laporan dulu, kemudian barulah beri kenyataan,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Anwar menegaskan membuat tuduhan tanpa menunggu laporan hanya menunjukkan kecenderungan politik pihak tertentu.

“Ini belum pun terima laporan tetapi kita sudah menuduh mengikut selera politik. Itulah yang saya maksudkan sebagai selera politik,” katanya lagi.

Kenyataan Bersih sebelum ini mengkritik hala tuju SPRM yang didakwa semakin menyimpang daripada mandat asalnya untuk membanteras rasuah.

Gabungan masyarakat sivil itu juga mendakwa suruhanjaya berkenaan kini digunakan sebagai senjata politik kerajaan.

Kritikan tersebut dibuat susulan tindakan SPRM yang dilaporkan sedang mengesan seorang bekas pegawai kepada bekas menteri, dikenali sebagai James Chai.

Mengulas lanjut, Anwar berkata kritikan terhadap mana-mana pihak, termasuk Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki adalah dibenarkan tetapi perlu dibuat secara adil dan konsisten.

“Saya tidak pertahankan sesiapa. Semua orang mahu bersih. Tetapi persoalannya, puluhan bilion yang dicuri sebelum ini mengapa tiada suara?” katanya.

Beliau menambah banyak kes penyelewengan besar yang telah didedahkan sebelum ini, namun tidak semua pihak bersuara secara lantang mengenainya.

“Boleh kritik sesiapa pun termasuk Azam Baki, tetapi biar konsisten. Yang dicuri dalam negara ini sudah mencecah puluh bilion yang telah terdedah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar memaklumkan masih menunggu laporan siasatan oleh Jawatankuasa Khas berhubung isu pemilikan saham melibatkan Azam.

“Itu yang saya tunggu. Dimaklumkan laporan mungkin diperoleh hari ini, tetapi setakat ini saya belum terima lagi,” katanya.

Berita berkaitan
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
2 jam lalu· Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
2 jam lalu· Politik
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
12 jam lalu· Politik
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
5 jam lalu · Politik
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
5 jam lalu · Politik
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
11 jam lalu · Politik
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
11 jam lalu · Politik
DAPSY bidas UMNO Johor, dakwa bersikap hipokrit
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok