Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal

August 19, 2026 · Politik

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mengulangi pendirian untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) memilih untuk bekerjasama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, pendirian tersebut dibuat atas prinsip dan bukan kerana mengejar jawatan sebagai wakil rakyat.

“Saya ulang pendirian saya semasa dalam podcast Keluar Sekejap (KS), iaitu jika BN-PH di Melaka, saya tidak akan bertanding kerana saya lebih rela pertahankan prinsip saya daripada sebuah jawatan wakil rakyat.

“Insya-Allah Melaka kita birukan seperti Johor dan Negeri Sembilan,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Akmal turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap UMNO, termasuk tuduhan parti itu bermuka-muka dan menikam rakan sendiri.

“Kata UMNO bermuka-muka, kata UMNO tikam kawan. Tapi UMNO juga yang dicari,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan PH yang terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka yang semakin hampir.

Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini berkata, perkara itu berkemungkinan dibincangkan selepas Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh pulang daripada lawatan rasmi ke New Zealand.

Menurut Saifuddin, beliau mempunyai hubungan baik dengan Ab Rauf dan kedua-duanya sering berhubung serta berbincang mengenai pelbagai perkara.

“PRN Melaka sudah hampir, kemungkinan kita akan bincang juga tajuk berkenaan. Kemungkinanlah, okey,” katanya.

Perbincangan mengenai kerjasama BN-PH menjadi perhatian susulan hubungan kedua-dua gabungan politik itu di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, kerjasama dalam PRN negeri bergantung kepada rundingan berkaitan pembahagian kerusi, calon dan strategi pilihan raya.

Melaka menjadi antara negeri yang bakal menjadi tumpuan politik selepas perkembangan politik di Johor dan Negeri Sembilan, selain kedudukan BN dan PH yang masih menjadi faktor penting dalam menentukan persaingan pada PRN akan datang.

Berita berkaitan
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu· Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
5 jam lalu· Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
15 jam lalu· Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
23 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu · Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
23 jam lalu · Politik
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
23 jam lalu · Politik
Bekas menteri bakal didakwa esok berhubung RCI Tabung Haji
23 jam lalu · Politik
Syarat UMNO: Adakah PAS sanggup cerai Wawasan sama seperti Bersatu?
September 12, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok