Bersatu Marang bawa usul kekalkan Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ PRU-16

July 5, 2025 · Politik

Muhyiddin Yassin dicadangkan Bersatu Marang supaya dikekalkan sebagai ‘poster boy’ Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti.

Ketua Bahagiannya, Razali Idris berkata cadangan itu dibuat secara sebulat suara semasa persidangan tahunan Bersatu bahagian yang berlangsung di seluruh negara bermula semalam hingga esok.

“Perwakilan Bersatu Marang sebulat suara calonkan TSMY (Muhyiddin) sebagai poster boy PRU-16. Keputusan sebulat suara itu dicapai dalam mesyuarat bahagian Bersatu malam semalam,” katanya dipetik laporan FMT.

Razali memaklumkan, Bersatu Terengganu mempunyai lapan bahagian daripada keseluruhan 202 di seluruh negara.

November lalu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, berkata Muhyiddin harus kekal sebagai ‘poster boy’ untuk PN bagi menghadapi PRU-16 susulan kemenangan sebagai presiden parti pada pemilihan awal bulan itu.

Katanya, perkara itu amat jelas dan tidak perlu diperdebatkan lagi, di sebalik ‘cakap-cakap’ supaya calon PN bagi jawatan tersebut datang daripada PAS kerana mempunyai jumlah wakil rakyat teramai dalam Parlimen.

Untuk rekod, semasa pemilihan Bersatu bagi penggal 2024-2027, perdana menteri kelapan itu menang tanpa bertanding jawatan presiden.

Penganalisis politik sebelum ini berpendapat jawatan presiden Bersatu cukup penting kerana bakal mengetuai PN sekali gus diangkat calon perdana menteri gabungan itu.

Berita berkaitan
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu· Politik
Syarat UMNO: Adakah PAS sanggup cerai Wawasan sama seperti Bersatu?
September 12, 2026· Politik
Selagi ada majoriti, tak perlu layan desakan PRU awal
September 12, 2026· Politik
Selepas berdegar-degar, Zahid umum UMNO kekal dalam Kerajaan Perpaduan
September 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu · Politik
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu · Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
5 jam lalu · Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
23 jam lalu · Politik
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok