Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz menafikan dakwaan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad.
Bersatu menafikan dakwaan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kononnya Timbalan Presiden parti, Hamzah Zainudin, merupakan sasaran sebenar tindakan disiplin parti itu.
Ketua Penerangannya, Tun Faisal Ismail Aziz, menganggap kenyataan Wan Fayhsal atau dikenali ‘Mat Jargon’ yang digantung keahliannya itu sebagai tidak wajar dan menunjukkan sikap terdesak bekas ketua Armada yang sudah tidak relevan lagi itu.
“Dia tidak sepatutnya membuat andaian awal terhadap tindakan lembaga disiplin sebelum sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan,” tegas Tun Faisal.
Ujarnya, tindakan Wan Fayhsal itu menunjukkan ketidakmatangan politik dan percubaan mencampuri proses tatatertib dalaman.
Beliau mengulas kenyataan Wan Fayhsal semalam yang mendakwa soalan daripada Lembaga Disiplin banyak memfokuskan kepada peranan Hamzah, yang juga Ketua Pembangkang.
“Dari saya dipanggil sampai ke hari ini, sasaran utama Lembaga Disiplin mereka ingin bertanya apa peranan ketua pembangkang, mereka mahu tindakan dikenakan kepada ketua pembangkang.
“Sebab itulah kami-kami yang kena tindakan disiplin ni, hanya lah collateral. Sasaran utama adalah Hamzah,” dakwa Wan Fayhsal.
Namun, Tun Faisal dengan tegas menolak dakwaan itu, menyifatkannya sebagai taktik mengalih perhatian.
“Kenyataan sedemikian jelas merupakan cubaan untuk mengalihkan perhatian daripada kesalahan-kesalahan mereka sendiri yang telah terbukti melanggar perlembagaan serta disiplin parti,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa semua tindakan disiplin yang diambil adalah berasaskan kesalahan individu.
“Mereka telah melanggar perlembagaan, peraturan dan disiplin parti, dan oleh itu sebarang dakwaan kononnya mereka menjadi mangsa adalah tidak berasas.
“Jika Wan Fayhsal didapati bersalah, maka itu adalah akibat daripada tindakannya sendiri, bukan kerana pihak lain,” kata Tun Faisal lagi.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri