BN Johor tetap pilih bertanding solo, tiada kerjasama dengan PH

May 20, 2026 · Politik

Barisan Nasional (BN) Johor menegaskan akan terus bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang meskipun berdepan tekanan politik dan tuduhan sebagai “pengkhianat” daripada pihak tertentu.

Ketua Penerangan BN Johor, Md Israk Abdullah berkata, keputusan itu bukan sesuatu yang baharu kerana UMNO dan BN negeri sudah mempunyai pendirian jelas untuk meletakkan calon di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut beliau, Johor mempunyai landskap politik tersendiri dan kerajaan negeri ketika ini tidak dibentuk menerusi konsep Kerajaan Perpaduan seperti di peringkat Persekutuan.

“Mandat besar yang rakyat berikan kepada BN pada PRN lalu adalah kerana keyakinan terhadap kestabilan dan kemampuan BN mentadbir negeri tanpa bergantung kepada gabungan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menepis dakwaan kononnya UMNO Johor akan mengorbankan identiti perjuangan demi kepentingan politik jangka pendek.

“Di Johor, tiada keperluan untuk formula Kerajaan Perpaduan kerana kerajaan sedia ada sudah mempunyai mandat kukuh daripada rakyat,” katanya lagi.

Isu kerjasama politik antara BN dan Pakatan Harapan (PH) kembali hangat selepas Konvensyen PH 2026 yang berlangsung baru-baru ini.

Semasa konvensyen itu, PH menawarkan kerjasama kepada BN bagi menghadapi PRN Johor, namun pada masa sama menegaskan mereka bersedia bertanding solo sekiranya tawaran tersebut ditolak.

Beberapa pemimpin PH Johor juga dilaporkan mengkritik tindakan BN Johor yang enggan bekerjasama, malah ada yang melabel langkah itu sebagai satu pengkhianatan politik.

Md Israk bagaimanapun berkata, kerjasama antara BN dan PH di peringkat Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 tidak bermaksud BN negeri perlu mengikut pendekatan sama.

Beliau berkata fokus utama BN Johor ketika ini ialah memastikan agenda pembangunan negeri terus diperkasakan termasuk menarik pelaburan, memperkukuh ekonomi golongan muda dan memperluas bantuan kebajikan rakyat.

“Rakyat Johor mahukan kestabilan, kepimpinan yang bekerja dan hala tuju yang jelas. Sebab itu BN Johor akan terus bergerak sebagai satu pasukan yang yakin dengan kekuatan sendiri,” katanya.

Berita berkaitan
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
2 jam lalu· Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
2 jam lalu· Politik
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
6 jam lalu· Politik
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
6 jam lalu · Politik
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
12 jam lalu · Politik
DAPSY bidas UMNO Johor, dakwa bersikap hipokrit
12 jam lalu · Politik
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
12 jam lalu · Politik
PAS bakal umum kerjasama dengan Hamzah selepas ‘ceraikan’ Bersatu
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok