Puad dakwa PAS tidak ikhlas kerjasama politik, enggan buat PRN Terengganu

September 15, 2026 · Politik

Alasan kos pilihan raya digunakan PAS untuk menolak cadangan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu lebih awal disifatkan sebagai bukti parti itu tidak ikhlas dalam usaha menjalinkan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi, berkata pendirian Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, menimbulkan persoalan kerana isu kos tidak pernah dibangkitkan parti itu ketika PRN Johor dan Negeri Sembilan diawalkan sebelum ini.

“Tok Mat (Mohamad Hasan) memang bijak, beliau cuma mahu menguji keikhlasan PAS. Jawapan Tuan Ibrahim bahawa ia tidak perlu kerana melibatkan kos mendedahkan ‘pekung’ PAS,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Puad berkata, PAS juga dilihat tidak konsisten dalam pendirian apabila Tuan Ibrahim sebelum ini pernah menyokong supaya PRU16 diawalkan.

“Kenapa bila PRN Johor dan Negeri Sembilan diawalkan, PAS tidak bersuara soal kos pilihan raya? Kalau soal mandat rakyat, mengadakan PRN lebih awal di salah satu negeri SG4 juga boleh menjadi ukuran sama ada rakyat menyokong penyatuan ummah,” katanya.

Beliau turut mendakwa PAS kini menggunakan kedudukannya yang mentadbir empat negeri dalam kelompok dikenali sebagai SG4 untuk memberi tekanan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN), terutama di negeri yang gagal dimenangi BN.

Sehubungan itu, Puad menyokong peringatan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, supaya parti itu berhati-hati dalam menjalinkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan PAS.

Mohamad sebelum ini mencadangkan supaya PRN Terengganu diadakan bagi menguji keikhlasan PAS dalam usaha membentuk penyatuan Melayu serta melihat sejauh mana komitmen persefahaman politik antara kedua-dua parti.

Beliau berpandangan, jika formula itu berjaya, ia boleh dijadikan model penyatuan Melayu untuk menghadapi PRU16.

Cadangan itu bagaimanapun ditolak Tuan Ibrahim yang menyifatkan tiada keperluan mengadakan PRN Terengganu lebih awal kerana pentadbiran kerajaan negeri ketika ini stabil dan prestasinya baik.

Menurut Tuan Ibrahim, pilihan raya awal hanya akan menambah kos kepada rakyat serta mewujudkan tekanan politik yang tidak diperlukan.

Berita berkaitan
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
4 jam lalu· Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
5 jam lalu· Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
12 jam lalu· Politik
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
12 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
5 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
5 jam lalu · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
5 jam lalu · Politik
Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar
12 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet
September 19, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok