Caprice saman Rafizi RM10 juta

February 27, 2026 · Politik

Pempengaruh media sosial, Caprice, memfailkan saman fitnah terhadap bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, dengan tuntutan ganti rugi sebanyak RM10 juta susulan dakwaan kenyataan berunsur fitnah di media sosial.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata tindakan itu diambil selepas Rafizi didakwa gagal memohon maaf dan menurunkan hantaran yang dikatakan menjejaskan reputasinya.

Menurutnya, dua surat tuntutan telah dihantar melalui peguamnya bertarikh 20 dan 23 Februari, namun tiada maklum balas memuaskan diterima.

“Saya telah mengarahkan peguam untuk memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi.

“Antara tuntutan termasuk ganti rugi RM10 juta, permohonan maaf terbuka dan injunksi bagi menghalang kenyataan lanjut yang memfitnah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, langkah itu penting bagi membersihkan namanya daripada dakwaan yang didakwa tidak berasas.

“Melalui tindakan ini, saya berharap nama baik saya dapat dibersihkan daripada fitnah yang telah dilontarkan,” ujarnya.

Pada 21 Februari lalu, Caprice dilaporkan memberi tempoh sehingga jam 5 petang hari sama kepada Rafizi untuk memadam semua hantaran berkaitan dan membuat permohonan maaf secara terbuka atau berdepan tindakan undang-undang.

Kontroversi itu tercetus susulan dakwaan Caprice mengenai isu rasuah berjumlah RM2.5 bilion melibatkan penganugerahan kontrak kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Rafizi.

Bekas Timbalan Presiden PKR itu kemudian menjawab tuduhan berkenaan menerusi hantaran media sosial serta dalam podcast “Yang Berhenti Menteri” yang disiarkan pada 20 Februari.

Dalam kenyataannya, Caprice turut mempersoalkan penjelasan Rafizi dalam podcast tersebut.

“Beliau tidak menafikan hubungan perniagaan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Itramas Corporation, Lee Choo Boo, yang pernah memegang saham dalam syarikat Invoke,” dakwanya.

Caprice juga mendakwa Rafizi tidak menafikan pembabitan dalam projek Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang dianugerahkan kepada Itramas Corporation ketika menerajui Kementerian Ekonomi.

Sehingga kini, Rafizi belum mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung saman yang difailkan terhadapnya.

Berita berkaitan
AMK yakin anak muda nilai berdasarkan prestasi, bukan retorik Rafizi
7 jam lalu· Politik
Dakwa universiti awam jual tempat, ADUN Jitra dihadapkan ke mahkamah
8 jam lalu· Politik
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
12 jam lalu· Isu semasa
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Selepas Puad keluar UMNO, bekas ADUN Layang-Layang pula umum sertai Bersatu
June 25, 2026 · Politik
Puad pertahan cadang anak jadi calon, dakwa pemilihan tidak adil
June 25, 2026 · Politik
153 laporan polis dibuat terhadap Puad, siasatan dijalankan
3 jam lalu · Politik
Lima bilik gerakan SPRM beroperasi 24 jam sempena PRN Johor
7 jam lalu · Politik
PRN Johor: Rundingan dengan UMNO gagal, Samsuri tandatangan watikah calon
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok