Dakwaan Anwar campur tangan kebebasan kehakiman tak berasas: AMK

July 10, 2025 · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menolak dakwaan kononnya wujud campur tangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam isu melibatkan kebebasan kehakiman negara.

Ketua AMK, Kamil Munim berkata pelantikan kehakiman tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes sivil melibatkan Perdana Menteri seperti yang didakwa dan proses undang-undang berjalan tanpa sebarang campur tangan pihak eksekutif.

“Hakikat bahawa seorang Perdana Menteri sedang melalui proses undang-undang sivil adalah petanda kukuh bahawa badan kehakiman berfungsi dengan bebas.

“Ini membuktikan tiada sesiapa yang kebal di bawah undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamil juga menjelaskan tidak wajar untuk mengaitkan isu pelantikan hakim mahkamah tertinggi negara dengan dakwaan kononnya Anwar hilang kepercayaan.

“Pandangan ahli Parlimen kerajaan terhadap dasar atau pendekatan pentadbiran bukan bukti hilang kepercayaan. Sebaliknya, ia menunjukkan betapa kerajaan hari ini meraikan perbezaan pendapat dalam suasana demokrasi matang,” ujarnya lagi.

Beliau juga menyangkal dakwaan kononnya dasar-dasar seperti peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) atau kenaikan tarif elektrik sebagai usaha memperkukuh cengkaman terhadap institusi negara.

Jelasnya, dasar-dasar tersebut adalah keputusan pentadbiran berdasarkan pertimbangan fiskal, bukannya muslihat politik.

“Naratif yang cuba dibina Muhyiddin ini merupakan satu bentuk retorik politik tidak bertanggungjawab yang bertujuan menjejaskan kepercayaan awam terhadap institusi negara,” tegas beliau.

Justeru, beliau menyeru agar rakyat tidak terperangkap dalam mainan politik kotor yang hanya mencetuskan ketidakstabilan demi kepentingan peribadi.

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
3 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
3 jam lalu· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
9 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
9 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
3 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
3 jam lalu · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
4 jam lalu · Politik
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
9 jam lalu · Politik
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok