DAP kekal, Ibrahim Ali dakwa PAS kecewa tak dapat masuk jadi kerajaan

August 17, 2026 · Politik

Putra mendakwa PAS kecewa selepas DAP memutuskan untuk terus kekal dalam Kerajaan Madani, sekali gus menggagalkan harapan parti itu untuk melihat DAP keluar daripada kerajaan.

Presiden Putra, Ibrahim Ali berkata, kenyataan beberapa pemimpin PAS susulan keputusan DAP itu memperlihatkan kekecewaan selain seolah-olah mendahului perkembangan politik sebenar.

Menurutnya, keputusan DAP untuk kekal dalam kerajaan juga menunjukkan percaturan politik pembangkang terhadap parti itu tidak menjadi.

“Pada masa sama, PAS berusaha merujuk balik ‘janda lama’ iaitu UMNO yang sudah sebantal dengan DAP dalam Kerajaan Madani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari yang sebelum ini mengulas keputusan DAP melalui media sosial.

Ahmad Fadhli dilaporkan menulis, “DAP tidak akan keluar kerajaan hari ini. Hanya wayang opera sahaja. Rakyat yang akan keluarkan mereka.”

Ibrahim pada masa sama mengingatkan PAS supaya tidak terlalu yakin kerjasama semasa dengan Barisan Nasional (BN) mampu menjamin kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Beliau mempersoalkan sama ada BN akan terus bersama PN atau memilih untuk bekerjasama dengan PKR pada PRU akan datang.

“Kerjasama semasa PRN Johor dan PRN Negeri Sembilan adalah strategi semasa jangka pendek dan sementara apabila Anwar Ibrahim memberi ruang tali hayat untuk UMNO.

“Saya mahu percaya PRN Johor dan Negeri Sembilan adalah strategi Anwar dan Ahmad Zahid Hamidi. Tunggu dan tengok PRU-16 nanti,” katanya.

Ibrahim turut menyentuh kedudukan PAS yang kini menerajui PN, dengan mendakwa pelbagai masalah mula timbul dalam gabungan itu walaupun belum sampai tiga bulan.

Beliau turut mempersoalkan kemampuan PN menjadi pembangkang yang berkesan serta keupayaannya untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

“Rakyat mula mempersoalkan PAS apabila melihat gelagat politik dalam PN. ‘Sembelih’ kawan setia untuk dapat janda lama,” katanya.

Menurut Ibrahim, rakyat juga boleh melihat perubahan pendirian PAS susulan kerjasama dengan BN yang sebelum ini menjadi antara lawan politik utama parti itu.

“Justeru, jangan ingat hasrat PN untuk menguasai Putrajaya pada PRU16 nanti akan mendapat sokongan rakyat,” katanya.

DAP sebelum ini mengadakan persidangan khas di Putrajaya bagi membincangkan kedudukan parti dalam Kerajaan Madani. Keputusan untuk terus kekal dalam kerajaan menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan parti itu menarik diri daripada pentadbiran.

Perkembangan itu turut mencetuskan reaksi daripada pembangkang, termasuk PAS, menjelang PRU-16 yang dijangka menjadi medan penting untuk menentukan hala tuju kerjasama politik antara parti.

Berita berkaitan
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
5 jam lalu· Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
23 jam lalu· Politik
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
23 jam lalu· Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
23 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu · Politik
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu · Politik
Bekas menteri bakal didakwa esok berhubung RCI Tabung Haji
23 jam lalu · Politik
Syarat UMNO: Adakah PAS sanggup cerai Wawasan sama seperti Bersatu?
September 12, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok