DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN

August 16, 2026 · Politik

DAP menghormati pertimbangan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk mengekalkan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan demi memastikan kestabilan pentadbiran terus terpelihara.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata perbezaan pandangan antara parti dalam kerajaan perlu diurus secara matang dan tidak seharusnya membawa kepada ketidakstabilan baharu.

Menurutnya, kestabilan politik penting bagi memastikan agenda kerajaan MADANI dapat diteruskan tanpa gangguan.

“Ini adalah sesuatu yang sudah dibincangkan Perdana Menteri bersama Majlis Pimpinan Pakatan Harapan. Sudah tentu beliau mempunyai pandangan dan pertimbangan sendiri, khususnya untuk memastikan kerajaan kekal stabil.

“Kestabilan itu penting bagi membolehkan setiap agenda dilaksanakan. Memang terdapat perbezaan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan, namun kita perlu memastikan kerajaan kekal stabil,” katanya pada sidang media selepas Persidangan Kebangsaan DAP hari ini.

Loke berkata, DAP tidak mahu perbezaan pendirian antara parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan menjadi punca kepada satu lagi episod ketidakstabilan politik.

“Saya fikir perkara ini sudah dipertimbangkan oleh Perdana Menteri. Kita tidak mahu mewujudkan satu lagi ketidakstabilan dalam kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, tumpuan kini perlu diberikan kepada usaha memastikan perkara yang sedang dirancang dan diperjuangkan kerajaan dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata DAP akan terus meyakinkan Anwar untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’.

“Kita akan cuba meyakinkan Perdana Menteri untuk mempertimbangkan isu ini,” katanya.

Pada Mac lalu, DAP menggesa kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan kewujudan rangkaian ‘mafia korporat’ yang didakwa menyalahgunakan institusi penguat kuasa untuk kepentingan tertentu.

Gesaan itu dibuat ketika isu berkaitan tadbir urus, penguatkuasaan dan dakwaan campur tangan kepentingan korporat menjadi perhatian dalam politik negara.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
17 jam lalu· Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
17 jam lalu· Politik
Kerugian hampir RM10 bilion: Zahid mahu FELDA diaudit secara forensik
17 jam lalu· Politik
Anwar, Abang Johari dan Hajiji bincang persiapan MA63
August 22, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
15 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
15 jam lalu · Politik
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
17 jam lalu · Politik
Amirudin jumpa Anwar esok, bincang kerjasama PH-BN di Melaka
August 22, 2026 · Politik
Lantang isu luar negara, kenapa diam isu Tabung Haji? – Fahmi sindir PAS
August 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok