Dewan Negara lulus RUU Perolehan Kerajaan 2025

September 8, 2025 · Isu semasa

Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 yang digubal bagi memperkukuh kewajipan, tanggungjawab, tadbir urus dan ketelusan dalam urusan perolehan kerajaan.

RUU bersejarah itu diluluskan menerusi undi belah bahagian yang menyaksikan 33 Senator menyokong, lapan menolak, dua tidak mengundi dan 14 orang tidak hadir.

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, memberi jaminan kementeriannya akan mengambil kira semua cadangan terutamanya dalam menggubal peraturan dan arahan untuk memperkukuh kriteria perolehan melalui rundingan terus serta menambah baik ketelusan dalam penganugerahan perolehan tersebut.

Beliau menekankan RUU ini memperkenalkan rangka kerja yang lebih kukuh berbanding amalan sedia ada.

“Berbeza daripada keadaan semasa, keputusan Menteri Kewangan kini boleh dicabar dan dikaji semula melalui proses Panel Kajian Semula dan seterusnya Tribunal Rayuan Perolehan yang berkecuali,” jelas Amir Hamzah ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan di Dewan Negara.

Beliau turut menekankan rang undang-undang baharu ini memperkenalkan tindakan punitif terhadap sebarang bentuk pelanggaran.

“Tambahan pula, RUU itu turut memperkenalkan tindakan punitif atas sebarang pelanggaran dan Menteri Kewangan juga tidak terkecuali daripada akauntabiliti sekiranya gagal menzahirkan kepentingan atau campur tangan dalam proses perolehan,” tegasnya.

Keberkesanan penguatkuasaan tindakan punitif itu turut diperkukuh melalui mekanisme pemantauan yang teliti serta kerjasama erat antara Kementerian Kewangan dengan agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Menteri Kewangan II itu juga menolak tanggapan RUU ini dibentangkan secara tergesa-gesa.

Beliau menjelaskan usaha kerajaan untuk menggubalnya telah bermula sejak tahun 2018 lagi sebagai sebahagian daripada agenda reformasi institusi.

“RUU itu tidak dibentangkan secara tergesa-gesa kerana usaha kerajaan untuk menggubalnya telah bermula sejak 2018 sebagai langkah reformasi institusi, namun tergendala seketika disebabkan pertukaran pentadbiran kerajaan pada 2020 sehingga November 2022,” jelas beliau.

Kelulusan RUU Perolehan Kerajaan 2025 ini dijangka akan membawa transformasi signifikan dalam sistem perolehan kerajaan dengan menekankan prinsip akauntabiliti, ketelusan dan integriti pada setiap peringkat urusan.

Berita berkaitan
Pindaan akta melibatkan pemandu mabuk dibentang awal tahun depan
1 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: Kerajaan pinda akta, pemandu mabuk wajib tanggung pampasan
October 9, 2026· Isu semasa
Hasil kerajaan dijangka cecah RM380.8 bilion pada 2027: MoF
October 9, 2026· Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
October 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jordan-Malaysia mahu perkukuh kerjasama pertahanan
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat Malaysia diminta tangguh umrah ke Arab Saudi: Mat Hasan
2 jam lalu · Isu semasa
MCMC turunkan kandungan hina Agong di Threads
2 jam lalu · Isu semasa
Lapangan terbang Riyadh diserang lagi, seorang maut
6 jam lalu · Isu semasa
Agong kurnia darjah kebesaran tertinggi kepada Raja Jordan
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok