Senator Nur Jazlan Mohamed.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Senator Nur Jazlan Mohamed atas pelantikan semula sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara bagi penggal kedua.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Nur Jazlan dan Musoddak Ahmad atas pelantikan semula sebagai Ahli Dewan Negara.
“Saya ingin memulakan dengan mengucapkan tahniah kepada Timbalan Yang Dipertua serta Ahli Yang Berhormat Dewan Negara yang baharu dilantik dan yang disambung perkhidmatan,” katanya sebelum memulakan sesi soal jawab lisan di Dewan Negara.
Terdahulu, Nur Jazlan dan Musoddak mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.
Pada masa sama, Anwar turut berseloroh beliau adalah penyokong tegar Sepanyol, yang muncul juara Piala Dunia 2026 selepas menewaskan juara bertahan Argentina 1-0.
“Saya juga penyokong tegar Sepanyol,” katanya,
Sepanyol menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua menerusi jaringan Ferran Torres pada minit ke-106 dalam aksi final di Stadium MetLife, East Rutherford, New York.
Argentina terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Enzo Fernandez dilayangkan kad merah. – Bernama
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri