Eloklah dia keluar UMNO, jangan ganggu Zafrul: Zahid

June 2, 2025 · Politik

Tiada ketegangan dalam UMNO walaupun Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan keputusan keluar parti baru-baru ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata tiada sebarang masalah timbul dengan keputusan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri itu keluar parti dan lebih baik keluar parti jika tidak lagi setia.

“Saya tidak nampak ‘suhu kepanasan’ berlaku dalam kalangan UMNO, eloklah keluar kalau tidak ada kesetiaan di dalam parti… jangan ganggu beliau kerana beliau sedang mengerjakan haji, moga-moga ketenangan menyelubungi minda beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan pramesyuarat bersama delegasi Malaysia sempena lawatan kerja empat hari ke United Kingdom yang bermula hari ini.

Jumaat lepas, Zafrul menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatan dalam UMNO untuk menyertai PKR.

Menjawab soalan mengenai rombakan Kabinet jika tempat Zafrul sebagai Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri perlu diganti, Ahmad Zahid berkata perbincangan perlu diadakan secara dalaman antara Kerajaan Perpaduan.

“Hak mutlak pelantikan menteri ini adalah atas (budi bicara) Perdana Menteri (Anwar Ibrahim).

“…elok kita adakan perbincangan secara dalaman supaya tidak timbul interpretasi yang pelbagai dalam perkara ini,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata UMNO mahu supaya kuota tujuh menteri penuh di dalam Kabinet Persekutuan dikembalikan kepada parti berkenaan susulan tindakan Zafrul itu.

Berita berkaitan
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
16 jam lalu· Politik
Mat Maslan cadang tangguh PRN Johor, Melaka
April 13, 2026· Politik
Rafizi beri bayangan bakal ada PRK Pandan, sedia dipecat
April 11, 2026· Politik
Amanah Tegur Pemuda UMNO berhubung isu harga minyak
April 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
12 jam lalu · Politik
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
16 jam lalu · Politik
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
April 13, 2026 · Politik
PKR Titiwangsa cadang kuota subsidi diesel kepada pengguna persendirian
April 13, 2026 · Politik
Samsuri sahkan pengunduran Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
April 13, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok