Naib Ketua AMK Nabil Halimi membidas Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.
Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari wajar dilabel sebagai pengkhianat negara kerana enggan meminta maaf kepada Anwar Ibrahim, kata Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Naib Ketua sayap pemuda PKR itu, Nabil Halimi menyifatkan Fadhli sebagai biadap dan kurang ajar kerana menyiarkan kartun menyindir peranan Perdana Menteri dalam rundingan gencatan senjata Thailand-Kemboja.
Katanya, tindakan itu bukan sahaja menghina Anwar namun menghina Malaysia dan kakitangan Wisma Putra yang bertungkus lumus menjayakan misi damai itu.
“Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjadi fasilitator rundingan damai ini adalah mewakili Malaysia selaku pengerusi Asean bagi tahun ini.
“Apa-apa perbuatan menghina usaha negara kita, jelas adalah satu bentuk pengkhianatan untuk memalukan Malaysia di mata dunia,” kata Nabil.
Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas semalam berkata tidak berhasrat memohon maaf dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasatnya.
Dalam hantaran kontroversi itu, Fadhli memuat naik kartun seekor monyet menjadi hakim kepada dua ekor kambing yang berebut pisang, ketika mengulas konflik di Indo-China itu.
Dalam kenyaaan hari ini, Nabil menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik bersatu mendesak Fadhli memohon maaf, termasuk kepada kerajaan Kemboja dan Thailand.
“Rakyat Malaysia tidak boleh bertolak ansur dengan pengkhianat-pengkhianat yang ingin menjatuhkan maruah negara di persada antarabangsa,” katanya.
Sementara itu, Nabil bagaimanapun mengucapkan terima kasih pimpinan pembangkang lain seperti Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang memberikan sokongan terhadap peranan Anwar dalam rundingan itu.
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan