Exco Terengganu akui pendedahan PMX, dakwa surat dikeluarkan hanya syor bukan arahan

December 4, 2025 · Politik

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Terengganu, Hanafiah Mat mengesahkan pernah mengeluarkan surat berkenaan cadangan projek baik pulih Jalan Mengabang Telipot di Kampung Tanjung, Baru Rakit, bernilai anggaran RM4.95 juta untuk dilaksana secara runding terus.

Penjelasan Hanafiah itu dibuat susulan pendedahan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Parlimen berhubung surat surat sokongan dikeluarkan kerajaan negeri Terengganu, namun menjelaskan surat itu bukanlah arahan kelulusan.

Anwar terdahulu membuat pendedahan mengenai dua surat berasingan daripada Exco Terengganu dan Kelantan.

Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu berkata surat yang ditandatanganinya hanya bersifat syor dan mematuhi garis panduan.

“Kita menegaskan tidak pernah mengeluarkan surat sokongan, sebaliknya hanya menandatangani surat cadangan,” jelas Hanafiah, yang juga ADUN Chukai.

“Surat cadangan pelaksanaan projek tanpa sebut harga itu dikeluarkan selepas penilaian, termasuk kemampuan dan pengalaman kontraktor dilakukan pelbagai jabatan teknikal dan jabatan kewangan,” tambahnya.

Menurutnya, kerja pemulihan jalan yang terputus akibat hakisan pantai itu perlu disegerakan.

Beliau mempertahankan kaedah runding terus sebagai wajar bagi mengelak kerosakan lebih serius, memandangkan proses kelulusannya lebih pantas berbanding tender terbuka.

“Projek secara runding terus hanya ambil masa antara dua dan tiga bulan untuk kelulusan, berbanding sistem tender yang ambil masa antara lapan hingga 10 bulan.

“Surat cadangan projek secara runding terus adalah kaedah yang diterima pakai dalam sistem perolehan kerajaan,” ujarnya.

Hanafiah turut menafikan dakwaan di media sosial bahawa jalan tersebut telah beberapa kali runtuh.

“Sebenarnya hanya sekali berlaku runtuhan jalan sedang dalam pembinaan, iaitu pada 14 Januari lalu,” jelasnya sambil menambah, tiada peruntukan tambahan dikeluarkan untuk pembaikan kerana ia masih di bawah jaminan kontraktor terpilih.

Berita berkaitan
PKR sokong gesaan Anwar supaya dunia bertindak terhadap Israel
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar mahu BRICS lindungi kepentingan negara membangun
23 jam lalu· Isu semasa
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
23 jam lalu· Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
24 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu · Politik
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu · Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
5 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu · Politik
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok