Gerakan dakwa PAS bertindak sendiri cadang tubuh PN+, tiada perbincangan

June 6, 2026 · Politik

Gerakan mendakwa PAS tidak pernah membincangkan cadangan penubuhan Perikatan Nasional Plus (PN+) dengan parti-parti komponen dalam gabungan itu, sebaliknya perkara berkenaan hanya diketahui menerusi laporan media.

Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata cadangan yang dikaitkan dengan PAS itu tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Malah, beliau memaklumkan gabungan berkenaan sudah lama tidak mengadakan mesyuarat rasmi.

“Setakat ini belum ada tarikh ditetapkan untuk mesyuarat PN. Kali terakhir kami berbincang mengenai isu berkaitan pilihan raya serta khabar angin mengenai usaha mengambil alih sebuah parti politik sedia ada. Namun, soal PN+ tidak pernah dibangkitkan langsung,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi PN, Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata PAS sedang berusaha merealisasikan pembentukan PN+ melalui penggabungan beberapa komponen dan gerakan politik baharu.

Menurut Tong Keong, Gerakan tidak dimaklumkan mengenai sebarang perancangan tersebut dan berpendapat cadangan itu dibuat tanpa perbincangan bersama rakan-rakan dalam gabungan.

Isu PN+ timbul ketika hubungan antara PAS dan Bersatu dilihat kembali tegang susulan beberapa perkembangan dalaman yang melibatkan kedua-dua parti.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS menyuarakan kebimbangan terhadap konflik dalaman Bersatu yang dikatakan boleh menjejaskan kekuatan, kestabilan serta keyakinan rakyat terhadap hala tuju PN.

Majlis itu turut menyerahkan mandat kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk mengambil tindakan yang difikirkan sesuai berdasarkan kepentingan dan perjuangan parti.

Mengulas kemungkinan Gerakan meninggalkan PN sekiranya Bersatu tidak lagi bersama gabungan itu, Tong Keong berkata tiada keputusan dibuat setakat ini.

“Kita akan menilai semua perkembangan secara menyeluruh selepas keputusan muktamad dicapai oleh PN. Pandangan dan sentimen pengundi, khususnya di Pulau Pinang, juga akan diambil kira,” katanya.

Berita berkaitan
Kerjasama BN-PAS dilihat lebih untungkan UMNO: Penganalisis
15 jam lalu· Politik
GPS, GRS nafikan dakwaan bertemu BN dan PN
July 21, 2026· Politik
Hentikan politik takutkan rakyat: Mahfuz
July 21, 2026· Politik
BN kekal bersama Kerajaan Perpaduan, nafi pertemuan dengan PN: Zahid
July 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN NS: Anwar harap pengundi kekalkan Aminuddin berdasarkan rekod
4 jam lalu · Politik
PRN N9: PH ikrar teruskan dasar beri manfaat kepada rakyat
8 jam lalu · Politik
Malaysia kekal tegas, tidak tunduk desakan Ahli Kongres AS: Loke
10 jam lalu · Politik
PMX: Kerajaan PH Negeri Sembilan berjaya kembalikan hasil pembangunan kepada rakyat
13 jam lalu · Politik
DUN Jeram Padang: Kebajikan rakyat jadi keutamaan Manivanan
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok