Guna duit poket sendiri, kata beberapa pemimpin UMNO di UK bersama Zahid

June 4, 2025 · Politik

Tular gambar dalam media sosial yang dikongsi sekumpulan pemimpin UMNO dalam lawatan ke London bersama Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu sedang lawatan kerja selama empat hari ke UK yang bermula pada 1 Jun dan berlegar dalam media sosial gambar pemimpin parti itu yang juga berada di sana.

Menurut Setiausaha Politik Ahmad Zahid, Megat Zulkarnain Omardin, ramai pemimpin UMNO yang menyertai rombongan tersebut menggunakan wang mereka sendiri.

“Kecuali pegawai (Zahid), yang lain bayar dengan duit poket sendiri. Mereka tidak menerima sebarang perbelanjaan daripada Jabatan Perdana Menteri atau Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah,” kata Megat dipetik laporan Malaysiakini.

Katanya, sebahagian pemimpin UMNO yang dilihat menghadiri acara bersama presiden parti itu di United Kingdom berada di negara itu kerana bercuti.

Sementara itu Ketua Pergerakan Wanita UMNO Maran, Shahaniza Shamsuddin juga turut menafikan menggunakan peruntukan kementerian dalam lawatannya ke UK.

Shahaniza berkata, beliau dan juga pemimpin UMNO lain yang hadir ke UK tidak menggunakan sebarang kemudahan ditanggung kerajaan.

“Posting saya semalam gambar bersama YAB DS Zahid Hamidi telah digunakan oleh Malaysiakini tanpa kebenaran dan telah mengundang pelbagai reaksi negatif netizen.

“Tuduhan menggunakan duit rakyat dan sebagainya adalah melampau. Kami hadir bertemu anak-anak muda yang mahu mengaktifkan semula Kelab UMNO UK atas perbelanjaan kami sendiri,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Berdasarkan foto yang dimuat naik di media sosial, laporan portal Malaysiakini menganggarkan sekurang-kurangnya 12 pemimpin UMNO kini berada di London.

Tiga daripada mereka ialah pegawai Zahid termasuk Megat yang juga Pengerusi Umno Selangor dan Razlan Rafii (Ketua bahagian UMNO Seputeh), serta setiausaha akhbar Fadzmel Fadzil (Exco Pemuda UMNO).

Seorang lagi yang menyertai rombongan itu ialah Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki atas kapasitinya sebagai Pengerusi MARA – jawatan yang berkait rapat dengan portfolio Zahid dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
15 jam lalu· Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
15 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
October 23, 2026· Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
October 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
5 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
5 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
5 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
6 jam lalu · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok