Hadi Awang dan Tuan Ibrahim tidak dicabar dalam pemilihan PAS, kekal jawatan

August 22, 2025 · Politik

Abdul Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man kekal memegang jawatan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden PAS bagi sesi 2025/2027 setelah diumumkan sebagai calon tunggal tanpa sebarang pertandingan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat pada Khamis, yang menyenaraikan calon-calon yang layak bertanding bagi semua jawatan utama parti.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud berkata pemilihan kali ini meliputi jawatan dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan Ulama, Dewan Pemuda, dan Dewan Muslimat.

Bagi jawatan Naib Presiden, empat calon akan bertanding, termasuk tiga penyandang iaitu Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Idris Ahmad, dan Mohd Amar Abdullah dan menyaksikan penampilan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang turut mencalonkan diri bagi pemilihan kali ini.

Dua calon akan bersaing untuk jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, iaitu Ahmad Yahaya dan Mohd Nor Hamzah.

Manakala bagi Ketua Dewan Pemuda, Afnan Hamimi Taib Azamudden akan berhadapan dengan Mohamed Sukri Omar.

Nuridah Mohd Salleh kekal sebagai Ketua Dewan Muslimat setelah diisytiharkan sebagai calon tunggal tanpa cabaran.

Seramai 38 calon akan bertanding untuk merebut tempat dalam Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, termasuk nama-nama besar seperti Takiyuddin Hassan, Shahidan Kassim, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, dan Ahmad Fadhli Shaari.

Pemilihan ini dijangka berlangsung pada Perhimpunan Agung PAS akan datang.

Berita berkaitan
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
2 jam lalu· Politik
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
2 jam lalu· Politik
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
2 jam lalu· Politik
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
17 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
2 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
21 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
21 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
23 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok