Hadi gesa jangan perbesarkan isu skandal TH untuk aibkan orang Islam

August 20, 2026 · Politik

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendakwa isu penyelewengan membabitkan Tabung Haji (TH) sengaja diperbesarkan kerana institusi itu membawa identiti Islam dan Melayu.

Menurutnya, kesalahan yang berlaku dalam TH tidak seharusnya dijadikan ukuran terhadap keseluruhan institusi itu, sedangkan lebih ramai individu berjasa dalam membangunkan institusi berkenaan.

“Kita tidak menafikan adanya institusi kewangan Islam yang menyeleweng dan mengalami salah laku, tetapi institusi perniagaan seperti GLC dan lain-lain yang berlipat kali ganda salah laku serta rasuahnya disembunyikan di bawah karpet,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Hadi turut mendakwa tindakan terhadap isu rasuah dan salah laku berlaku secara terpilih, terutama apabila ia membabitkan institusi atau individu berimej Melayu dan Islam.

Beliau turut membangkitkan kes terowong di Pulau Pinang yang menurutnya tidak lagi mendapat perhatian selepas perbicaraan berlangsung, selain mendakwa terdapat pelbagai institusi berkaitan kerajaan mengalami kerugian akibat kebocoran.

“Golongan yang paling ramai diambil tindakan ialah pihak yang berjenama Melayu dan Islam daripada yang paling besar sehinggalah paling kecil bagi merendahkan imej Islam, seolah-olah tidak ada daripada kalangan bukan Islam dan bukan Melayu,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu turut mendakwa kegiatan ekonomi berskala besar lebih banyak melibatkan pihak bukan Islam dan bukan Melayu, termasuk mereka yang didakwa menjadi penyumbang kepada kegiatan rasuah.

Abdul Hadi berkata pegangan agama juga menjadi antara faktor umat Islam menjauhi rasuah kerana percaya perbuatan itu berdosa dan tetap mempunyai akibat di akhirat walaupun terlepas daripada tindakan undang-undang.

Beliau turut mendakwa wujud kegiatan kartel dalam pembahagian subsidi kepada golongan miskin seperti petani dan nelayan, selain menegaskan pentadbiran negeri diterajui Pas selama ini bersih daripada rasuah dan salah laku.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan mendakwa slogan memerangi rasuah tidak bermakna jika tindakan penguatkuasaan dilakukan secara terpilih.

“Isu rasuah dijadikan modal politik untuk menjatuhkan lawan, bukan kemungkaran yang hendak dicegah,” katanya.

Beliau berkata usaha membanteras rasuah perlu dilakukan secara menyeluruh tanpa mengira parti, kaum atau kedudukan, sambil mengingatkan pemimpin supaya tidak menjadikan isu berkenaan sebagai senjata politik.

Abdul Hadi turut menegaskan pencegahan rasuah merupakan sebahagian daripada usaha mencegah kemungkaran dalam Islam dan tidak seharusnya digunakan semata-mata untuk menjatuhkan pihak lawan.

Tabung Haji ialah institusi kewangan Islam yang mengurus simpanan dan urusan haji umat Islam di Malaysia.

Institusi itu sebelum ini berdepan pelbagai isu berkaitan tadbir urus, pelaburan dan pengurusan kewangan yang menjadi perhatian awam serta kerajaan.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
19 jam lalu· Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
19 jam lalu· Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
21 jam lalu· Politik
Anwar, Abang Johari dan Hajiji bincang persiapan MA63
August 22, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
21 jam lalu · Politik
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
22 jam lalu · Politik
Kerugian hampir RM10 bilion: Zahid mahu FELDA diaudit secara forensik
22 jam lalu · Politik
Amirudin jumpa Anwar esok, bincang kerjasama PH-BN di Melaka
August 22, 2026 · Politik
Lantang isu luar negara, kenapa diam isu Tabung Haji? – Fahmi sindir PAS
August 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok