Hamzah cabar Ahli Parlimen PH sertai PN jika ingin tahu calon PM

October 13, 2025 · Politik

Isu calon perdana menteri (PM) daripada Perikatan Nasional (PN) kembali menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini sehingga mencetuskan teguran dan cabaran daripada Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin.

Kemelut ini tercetus apabila Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mencelah semasa Hamzah membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026, sambil menanyakan siapakah calon PM yang dicadangkan oleh pihak pembangkang.

Pada mulanya, Hamzah enggan menjawab soalan tersebut, namun, beliau kemudian berkata semua Ahli Parlimen pembangkang telah pun mengetahui siapa calon mereka.

“Kalau Kota Melaka nak tahu, sila masuk PN,” katanya secara berseloroh membalas soalan Poay Tiong.

Poay Tiong bagaimanapun tidak berpuas hati dan mendakwa pembangkang sendiri sebenarnya tidak mempunyai jawapan yang jelas.

“Kalau ikut jawapan Larut, ertinya tak tahu siapa lagi,” balasnya.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut itu kemudian menyifatkan gangguan itu sebagai tidak berpatutan dan menegaskan supaya tida menyibuk urusan blok pembangkang.

“Kalau saya beritahu dia, dia bukan mengundi kita pun. Jadi, tidak payah sibuklah. Ini kerja kami, jangan kacaulah,” ujarnya.

Polemik calon perdana menteri PN tercetus apabila Bersatu menamakan Presidennya,Muhyiddin Yassin, sebagai calon.

Namun, PAS pula mencadangkan supaya tidak diumumkan nama calon PM sehingga mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum terlebih dahulu.

Hamzah juga menafikan dakwaan kononnya bergaduh dengan Muhyiddin

“Siapa kata saya gaduh dengan Pagoh,” katanya.

Berita berkaitan
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
14 jam lalu· Politik
Afdlin cadang ketua cabang PKR dinamakan calon PRU, persediaan lebih awal
August 15, 2026· Politik
RCI TH: Hadi beri alasan pembangkang keluar dewan kerana PMX tak ada
August 14, 2026· Politik
BNM beri amaran awal demi kestabilan Tabung Haji
August 14, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
5 jam lalu · Politik
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
6 jam lalu · Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
6 jam lalu · Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
6 jam lalu · Politik
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok