Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan

August 16, 2026 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan beliau memilih untuk terus bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO di peringkat pusat bagi memastikan kestabilan politik serta kemakmuran rakyat terus dipelihara.

Menurutnya, hubungan peribadinya dengan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi masih baik dan menjadi antara asas penting untuk memastikan perpaduan dalam Kerajaan Perpaduan terus dipertahankan.

“Saya sebutkan tadi secara waras dan penuh hikmah, harus kita jaga perpaduan ini. Kerana hubungan peribadi saya dengan Datuk Seri Zahid masih terlalu baik,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.

Anwar berkata, beliau memilih kestabilan dan pertumbuhan ekonomi sebagai keutamaan, selain mahu kerjasama antara Pakatan Harapan (PH), BN dan UMNO di peringkat Persekutuan diteruskan.

“Saya pilih kestabilan. Saya pilih kemakmuran rakyat melalui pertumbuhan ekonomi dan saya pilih bekerjasama terus dengan BN dan UMNO di peringkat pusat supaya dua prinsip ini diteruskan.

“Itu pilihan saya. Pilihan mereka biar mereka jawab dan kita sebagai satu parti perjuangan apa pun kita bersedia kalau terpaksa langgar, kita langgar,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika hubungan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan menjadi perhatian susulan persaingan politik menjelang beberapa pilihan raya negeri.

Anwar mengakui terdapat beberapa keputusan politik sejak beberapa bulan lalu yang mengejutkan kerana tidak dimaklumkan kepada kepemimpinan Kerajaan Perpaduan.

Namun, beliau berkata setiap parti mempunyai hak untuk menentukan strategi masing-masing bagi mengukuhkan kedudukan politik.

“Apa yang berlaku beberapa bulan kebelakangan ini ialah beberapa keputusan yang mengejutkan, yang tidak dimaklumkan kepada kita. Alasan mereka, strategi untuk kukuhkan parti mereka.

“Itu hak mereka, jangan kita pertikai. Tetapi adat dalam permuafakatan ini mestilah ada kesetiaan, kesetiaan berunding dengan baik dan saling menghormati,” katanya.

Dalam masa sama, Anwar berkata hubungan baiknya dengan Zahid, Premier Sarawak Abang Johari Abang Openg serta pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih membuka ruang untuk rundingan dalam menyelesaikan perbezaan.

“Saya percaya kita boleh runding secara baik, secara sahabat dan kita dengar sendiri. Setakat ini, saya belum pernah dengar satu pun pandangan yang negatif di peringkat Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pimpinan PH dan PKR supaya mengelak kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan sehingga menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan.

Menurut Anwar, persaingan politik tidak seharusnya mengatasi tanggungjawab lebih besar untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat.

Berita berkaitan
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu· Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
5 jam lalu· Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu· Politik
PKR sokong gesaan Anwar supaya dunia bertindak terhadap Israel
16 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu · Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
23 jam lalu · Politik
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
23 jam lalu · Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
23 jam lalu · Politik
Bekas menteri bakal didakwa esok berhubung RCI Tabung Haji
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok