Isu dakwaan Hamzah dihadapkan ke Lembaga Disiplin tak dibincangkan: Tun Faisal

November 5, 2025 · Politik

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang diadakan malam tadi tidak membincangkan dakwaan Timbalan Presidennya, Hamzah Zainuddin, akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, yang menegaskan perkara yang dibincangkan telah pun dinyatakan oleh Setiausaha Agung parti, Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

“Tak ada. SUA ada keluarkan kenyataan media semalam (mengenai isu dibincangkan dalam MPT),” katanya dipetik laporan media.

Beliau merujuk kepada kenyataan media Azmin yang antara lain memaklumkan pelantikan Jawatankuasa Lembaga Rayuan parti yang dipengerusikan bekas speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan @ Harun.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika ditemui media malam tadi turut mengesahkan semua ahli MPT bersetuju untuk menghentikan kemelut dalaman parti.

Tujuannya adalah bagi mengukuhkan perpaduan dan kekuatan Bersatu menjelang PRN Sabah.

Isu gerakan akuan bersumpah (SD) yang sebelum ini dikaitkan dengan gesaan agar Muhyiddin berundur telah mencetuskan konflik dalaman, menyebabkan beberapa pemimpin dikenakan tindakan disiplin.

Keadaan itu mendorong kepada spekulasi bahawa Hamzah mungkin menjadi sasaran seterusnya, namun mesyuarat terbaharu ini nampaknya mengutamakan perpaduan.

Berita berkaitan
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
18 jam lalu· Politik
Muhyiddin dan PMO tidak campur tangan projek Jana Wibawa, mahkamah diberitahu
August 17, 2026· Politik
Tun Faisal kritik Hadi, boleh hadir program parti tapi ponteng sesi RCI TH
August 14, 2026· Politik
Jual ketakutan kepada orang Melayu, Mahfuz kritik corak politik PAS
August 14, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
15 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
15 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
18 jam lalu · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
18 jam lalu · Politik
Kerugian hampir RM10 bilion: Zahid mahu FELDA diaudit secara forensik
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok