Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM

October 8, 2026 · Politik

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan tindakan Lim Guan Eng membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung percanggahan perbelanjaan bernilai RM2.1 bilion membabitkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Menurut Akmal, jumlah RM2.1 bilion itu merupakan peruntukan tambahan yang sudah diselaraskan dan diluluskan Kementerian Kewangan (MOF) kepada KKDW, dengan kementerian berkenaan bertindak sebagai penyelaras pelaksanaan projek.

Beliau berkata, persoalan utama perlu diberi perhatian ialah mengapa peruntukan yang sudah diluluskan MOF tidak disalurkan kepada KKDW bagi membolehkan bayaran dibuat kepada kontraktor selepas Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan.

“Dalam tatacara kewangan kerajaan, sesebuah kementerian tidak boleh sewenang-wenangnya membuat perbelanjaan tanpa peruntukan dan kelulusan yang sewajarnya daripada pihak berkuasa kewangan,” katanya menerusi Facebook malam tadi.

Akmal berkata demikian sebagai respons terhadap laporan sekumpulan Ahli Parlimen DAP kepada SPRM yang mendesak siasatan menyeluruh dan bebas terhadap Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Ahmad Zahid Hamidi.

Laporan itu dibuat di Pejabat SPRM Kuala Lumpur dan menyentuh isu percanggahan perbelanjaan RM2.1 bilion yang dikaitkan dengan KKDW.

Akmal berkata, jika wujud sebarang isu atau salah laku, siasatan perlu dijalankan dan fakta berkaitan perlu didedahkan kepada umum.

Namun, katanya, proses kewangan kerajaan perlu dilihat secara menyeluruh, termasuk pihak yang meluluskan peruntukan, pihak yang mengeluarkan SST serta pihak yang bertanggungjawab menyalurkan wang kepada kementerian.

“Jangan akhirnya KKDW dipersoalkan mengenai wang yang telah diluluskan tetapi tidak pernah sampai kepada kementerian untuk dibayar,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan kefahaman Guan Eng mengenai tatacara kewangan kerajaan ketika pernah mengetuai Kementerian Kewangan.

“Kalau mantan Menteri Kewangan sendiri tidak memahami tatacara kewangan yang berlaku ketika di bawah pentadbirannya, maka tidak hairanlah rakyat tertanya-tanya bagaimana pengurusan kewangan negara ketika itu boleh menjadi begitu bercelaru.

“Kesian negara ada MP yang masih lagi tidak faham tatacara kewangan negara,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
18 jam lalu· Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
October 10, 2026· Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026· Politik
Belanjawan 2027: Bantuan OKU Naik RM1.5 Bilion, Elaun Bulanan Bertambah
October 9, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
18 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
23 jam lalu · Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026 · Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026 · Politik
Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok