Jangan halang rakyat raikan keadilan, Pua persoal UMNO kritik Bee Yin

December 23, 2025 · Politik

Ketegangan antara UMNO dan DAP kembali memuncak apabila Tony Pua mengkritik keras penyokong Najib Razak yang mengecam pihak yang meraikan keputusan mahkamah melibatkan bekas perdana menteri itu.

Bekas ahli parlimen DAP berkenaan menyifatkan golongan tersebut sebagai “pencinta seorang penyangak” kerana enggan menerima hakikat keputusan undang-undang yang telah dibuat.

Pua menegaskan DAP tidak melihat sebarang keperluan untuk bersimpati terhadap Najib, malah berbangga dengan peranan parti itu dalam mendedahkan skandal 1MDB sehingga membawa kepada pemenjaraan bekas presiden UMNO tersebut.

“Langsung tidak perlu untuk bersimpati dengan penyangak seperti ini,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Beliau turut membidas mereka yang menuntut supaya DAP menunjukkan ‘perikemanusiaan’ terhadap Najib.

“Kalau kamu masih mahu menyayangi penyangak itu, tiada siapa halang. Tetapi jangan halang kami, rakyat Malaysia yang lain, daripada meraikan keadilan yang ditegakkan,” katanya sambil menambah beliau menantikan keputusan mahkamah seterusnya yang dijadualkan hujung bulan ini.

Pua juga menyentuh keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan separuh hukuman penjara dan denda Najib, menyifatkannya sebagai satu “diskaun besar” yang sepatutnya disyukuri oleh Najib.

Menurutnya, pengurangan hukuman itu sudah pun menunjukkan kelonggaran yang luar biasa.

Kenyataan tersebut dibuat susulan kritikan pemimpin UMNO terhadap Bee Yin yang sebelum ini menyatakan kegagalan Najib menjalani baki hukuman di rumah sebagai satu lagi sebab untuk ‘meraikan’ hujung tahun.

Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, menyifatkan kenyataan Bee Yin sebagai “melampau dan tidak berperikemanusiaan”.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman Najib berkaitan titah adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Hakim Alice Loke memutuskan perintah tahanan rumah tersebut tidak sah kerana dikeluarkan di luar mesyuarat Lembaga Pengampunan dan tiada peruntukan undang-undang mengenainya.

Berita berkaitan
Muktamad! Tiada kerjasama dengan PAS walaupun putus dengan Bersatu: Zahid
3 jam lalu· Politik
UMNO jangan ulang formula lama kerjasama dengan PAS: Mahfuz
3 jam lalu· Politik
Perpisahan PAS-Bersatu sudah dijangka apabila tiada keikhlasan: Zahid
4 jam lalu· Politik
Bersatu kecewa PAS tamatkan kerjasama, tetap kekal dalam PN: Muhyiddin
4 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu tetap teguh walau ditinggalkan PAS: Azmin
4 jam lalu · Politik
Amanah sasar bertanding 20 kerusi pada PRN Johor
4 jam lalu · Politik
Rekod PAS jelas, kawan akan jadi lawan: Saifuddin Nasution
4 jam lalu · Politik
UMNO kena hati-hati dengan PAS, jangan masuk ‘lubang biawak’ lagi: Puad
7 jam lalu · Politik
Samsuri gagal selaku Pengerusi PN sehingga bawa perpecahan: Tun Faisal
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok