Jangan politikan isu pelantikan mahkamah atasan: Istana Negara

July 10, 2025 · Isu semasa

Isu melibatkan pelantikan hakim mahkamah atasan di negara jangan dipolitikkan sehingga menimbulkan pelbagai persepsi tidak baik terhadap sistem Perlembagaan negara, kata Istana Negara.

Dalam satu kenyataan media, Istana Negara berkata sebarang isu melibatkan pelantikan hakim mahkamah tertinggi negara perlu ditangani dengan cermat dan secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikka.

“Pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan adalah urusan kenegaraan yang penting serta perlu ditangani secara cermat dan integriti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,” menurut kenyataan berkenaan.

Menurut Istana Negara, hal pelantikan di bawah Perlembagaan Persekutuan hendaklah ditangani secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

“Mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim dibuat oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

“Perkara ini secara jelasnya menzahirkan prinsip semak dan imbang dalam sistem kehakiman negara.

“Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) adalah undang-undang yang memperuntukkan proses pemilihan calon hakim, namun kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong adalah terletak kepada Perdana Menteri,” menurut kenyataan itu lagi.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 dilapor akan bersidang pada 15 hingga 17 Julai ini bagi membincangkan mengenai kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dipetik berkata, Jemaah Menteri memberi jaminan pengisian kekosongan jawatan akan dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Katanya lagi, kerajaan mengambil maklum sepenuhnya akan perhatian dan kebimbangan orang ramai berkaitan hal pelantikan itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan yang juga bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli bersama beberapa wakil rakyat parti itu mengadakan sidang media menuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan berhubung pelantikan hakim.

Berita berkaitan
Malaysia bida kerusi Majlis Keselamatan PBB
July 13, 2026· Isu semasa
Parlimen bebas bahas, undi calon pendakwa raya: Azalina
June 25, 2026· Isu semasa
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
June 24, 2026· Isu semasa
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
June 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
3 jam lalu · Isu semasa
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
7 jam lalu · Isu semasa
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
10 jam lalu · Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
12 jam lalu · Isu semasa
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok